Terkejut bila dapat tahu anaknya yang baru sahaja 12 tahun dah sebulan dikahwinkan dengan lelaki berumur 45 tahun, si ibu terus membuat laporan polis. Kanak-kanak dari Jawa TImur itu dinikahkan oleh orang tua angkatnya.
Kata wakil keluarga mangsa M Imam Ghozali, alasan keluarga angkat nikahkan budak 12 tahun itu adalah disebabkan kesulitan ekonomi yang dilalui oleh mereka.
Lapor Tribun, kanak-kanak 12 tahun itu selama ini tinggal bersama ibu bapa angkatnya yang merupakan kakak kepada ibu kandung kanak-kanak tersebut.
Nikahkan sebab kesulitan ekonomi
Ibu kandung mengetahui hal ini setelah mereka diijab kabulkan selama sebulan dan kini tinggal sebumbung selepas ketua kampung memaklumkan hal ini kepadanya
Tak terima anaknya sudah dinikahkan tanpa pengetahuannya, ibu kandung kanak-kanak itu membuat laporan polis terhadap tindakan orang tua angkat anaknya itu.
Disebabkan itu, pihak polis kini sedang memanggil saksi-saksi yang terlibat dalam majlis pernikahan itu untuk memberikan keterangan.
Kes lebih kurang sama terjadi pada tahun 2008, ada waktu itu gadis yang bernama Lutfiana Uffa baru sahaja 12 tahun dinikahkan dengan seorang peniaga.
Pernikahan itu telahpun dibatalkan bagaimanapun lelaki tersebut tetap dijatuhkan hukuman penjara. Pada tahun 2012, lelaki tersebut telah dibebaskan dan masih ingin bernikah dengan Lutfiana Ulfa yang pada waktu itu sudah berumur 16 tahun.
Baca : Budak 11 Tahun Kahwin Lelaki 41 Tahun, Ini Yang Korang Perlu Tahu