Sebelum ini, pelakon Jasmine Suraya memaklumkan bahawa dia mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.
Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei yang sudah pun berangkat ke sana pernah meluahkan rasa kecewa apabila usaha meminta bantuan dana daripada kerajaan negeri dan FINAS bagi merealisasikan hasratnya itu, menemui jalan buntu.
Anak jati Sarawak itu pernah berkongsi menjual beberapa barang peribadinya termasuklah keretanya untuk menampung kos yang mahal iaitu sekitar RM400,000 untuk mula belajar di sana bulan depan.
Artikel berkaitan: “Nak tampar, simbah asid, bunuh” – Jasmine Suraya Nak Berhenti Berlakon Watak ‘Perampas’ Lepas Terima Banyak Ugutan
View this post on Instagram
Fahmi Fadzil sedia kaji untuk bantu pelakon
Menurut laporan Berita Harian, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu Jasmine jika perkara yang dikemukakan adalah bersesuaian.
“Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu, tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah,” katanya.
“Ramai lagi yang cerdik pandai tapi tak mampu”
Bagaimanapun, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan kerajaan untuk mengkaji dalam memberi bantuan dana kepada pelakon terbabit untuk menyambung pengajian.
Ujar netizen, ramai lagi golongan yang lebih layak untuk menerima bantuan pendidikan daripada kerajaan.
Selain itu, netizen juga memberi pandangan sepatutnya kerajaan mengadakan satu program yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang layak termasuklah para selebriti.
Difahamkan, Jasmine Suraya adalah rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.
Antara nama-nama besar yang pernah memasuki pusat pengajian yang sama adalah seperti bintang Hollywood Al Pacino, Angelina Jolie dan Lady Gaga.
Sumber: X, Berita Harian