in

Kerajaan Kelantan Siasat Majlis Makan Malam Ada Tarian ‘Amoi’ Pakai Baju Mencolok Mata

tarian mencolok mata di kelantan

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah majlis makan malam yang menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Kota Bharu, Kelantan.

Susulan tularnya video itu, kerajaan Kelantan telah membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis makan malam tersebut oleh sebuah syarikat perlombongan.

Pada masa yang sama, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) turut disiasat apabila dewan sekolahnya dijadikan majlis berlangsung dan melanggar peraturan negeri.

tarian mencolok

Tengok video penuh sini

Artikel berkaitan: Respon Gadis Tidak Mahu Lelaki Kelantan Sebagai Teman ‘Date’ Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Artikel berkaitan: Video Penyanyi Dikir Barat Menari Di Khalayak Ramai Tular, Exco Kelantan Mohon Penjelasan ‘Amran Fans’

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) sudah diarah melakukan siasatan itu.

Saya sendiri baru mengetahui perkara itu hari ini dan kertas siasatan sudah dibuka. Pihak penganjur dan pihak sekolah akan dipanggil untuk mendapatkan keterangan mereka.

“Difahamkan, majlis makan malam syarikat perlombongan emas itu berlangsung semalam menggunakan dewan sebuah SJKC di Tanah Merah.

“Pihak penganjur dan sekolah melanggar Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998 (Kesalahan Tiada Lesen) yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

tarian mencolok 2

Hasil semakan dengan MDTM juga mendapati pihak penganjur tidak membuat sebarang permohonan permit untuk penganjuran acara itu.

Difahamkan, sebahagian besar tetamu adalah pelombong dari Tanah Besar China yang menjalankan kerja lombong sekitar Sokor, Tanah Merah dan pekerja syarikat serta tetamu luar.

Terdapat juga beberapa tetamu yang terdiri daripada penduduk tempatan beragama Islam yang bekerja dengan syarikat berkenaan.

Kita kesal dengan tindakan pihak penganjur yang menyediakan hiburan seperti itu selain menjadikan dewan sekolah untuk acara hiburan berkenaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Facebook