in

Kerajaan Kaji Untuk Teruskan Royalti Karya Tan Sri P. Ramlee Kepada Warisnya

2Pramlee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan dua kementerian untuk melihat isu royalti karya-karya untuk artis dan waris Tan Sri P. Ramlee.

Screenshot 2023 03 05 At 1.14.06 Pm

Memetik laporan FMT News, dua kementerian yang terlibat adalah Kementerian Komunikasi dan Digital serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.


Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibangkitkan ketika mesyuarat kabinet Jumaat lalu, mengakui isu royalti muzik telah menjejaskan ramai pemuzik terutamanya waris Seniman P. Ramlee.

Fahmi akan bertemu Menteri Perdagangan  Dalam  Negeri dan Kos  Sara Hidup, YB Salahuddin Ayub minggu ini untuk membincangkan perkara itu dan menubuhkan jawatankuasa untuk meneliti pembayaran royalti dan cara memajukan industri muzik.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Sazali Ramlee, anak lelaki P. Ramlee, telah merayu kepada kerajaan untuk melanjutkan tempoh pembayaran royalti untuk kerja bapanya.

Screenshot 2023 03 05 At 1.15.18 Pm

Kata Sazali, royalti itu merupakan satu-satunya sumber pendapatannya kerana dia tidak dapat bekerja kerana mengalami masalah kesihatan.

Untuk rekod, tempoh pembayaran royalti karya-karya Tan Sri P. Ramlee berakhir pada 29 Mei ini, yang turut menjadi ulang tahun ke-50 kematian seniman tanah air itu.

Di bawah Akta Hak Cipta 1987, warisnya berhak mendapat royalti daripada penggunaan muziknya selama lima dekad.

Baca: Ada Masalah Kesihatan, Anak P. Ramlee Rayu Tempoh Wang Royalti Karya Bapa Dipanjangkan/

Screenshot 2023 03 05 At 1.12.48 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.