Antara benda yang paling stress untuk pasangan yang baru berkahwin adalah soalan tentang anak yang sering diasak oleh ibu bapa mahu pun saudara mara setiap kali pulang ke kampung.
Tapi macam mana pula kalau sampai pihak kerajaan yang patutnya tak ada kena mengena dengan keputusan peribadi kita pun turut nak masuk campur?
Macam baru-baru ini, Awani melaporkan satu hantaran media sosial yang dimuat naik oleh seorang pengguna di China telah mendapat perhatian yang luar biasa dari netizen.
Dalam hantaran tersebut, pengguna ini menceritakan tentang pengalaman rakan sekerjanya yang dikatakan telah menerima panggilan daripada perkhidmatan kesihatan wanita kerajaan bandar Nanjing.
Panggilan tersebut dibuat bagi memberitahu pengantin baru bahawa kerajaan kini mahu pasangan yang baru berkahwin untuk hamil dalam tempoh setahun dan akan membuat panggilan setiap tiga bulan untuk tanya update. Amboi minta update yang tak tahan tu…
Untuk pengetahuan korang, sebelum ini China telah meletakkan dasar satu anak sejak tahun 1980 sehingga 2015 dan akibat dari ini, populasi di negara tersebut telah berkurangan sehingga berpotensi untuk mewujudkan krisis membiayai dan menjaga warga tuanya.
Malah kelahiran baru di negara itu dijangka menurun ke 10 juta berbanding 10.6 juta pada tahun lepas menyebabkan Presiden China, Xi Jinping mengisytiharkan pada Kongres ke-20 Parti Komunis minggu lalu bahawa China akan mewujudkan dasar untuk meningkatkan kadar kelahiran dan menambah baik strategi pembangunan penduduk negara itu.
Adoi, pressure pulakkk
Baca: Senaman Merangkak Macam Buaya Kini Trending Di China, Katanya Boleh Legakan Sakit Belakang