Di China, aktiviti jual dan beli di atas talian adalah satu industri yang berkembang pesat. Boleh dikatakan sebilangan besar penjual di sana membuat strim langsung untuk mendekati pelanggan mereka dan menjual produk yang dijual.
Memandangkan kerajaan China telah melarang wanita daripada memakai pakaian dalam dalam siaran strim langsung, penjual di sana mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini.
在中国,女人在直播间里是不能穿内衣出镜的。否则直播间将因为涉嫌传播淫秽而立刻被永久封禁。那如果我非要在直播间带货卖女式内衣该怎么办呢?很简单,找男人来穿。 pic.twitter.com/4CHlq7fMdx
— 小径残雪 (@xiaojingcanxue) January 11, 2023
Sebelum ini, penjual wanita yang memakai pakaian dalam menerusi strim langsung akan dikenakan tindakan oleh pihak berwajib. Strim tersebut akan ditamatkan dan akaun mereka akan dipadam buat selama-lamanya.
Sebagai ganti, rata-rata penjual menggunakan model lelaki untuk menggayakan pakaian dalam wanita. Meskipun ia kedengaran pelik, namun ia sudah menjadi ikutan para penjual yang menjual pakaian dalam wanita di sana.
Malah, ramai yang memuji model lelaki yang mengenakan pakaian dalam wanita sebagai berani dan kreatif dalam menjual. Bagaimanapun, ada yang mengecam trend ini dan mencadangkan agar para peniaga menggunakan patung untuk menggayakan pakaian yang dijual.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama penjual lelaki mengenakan produk wanita di China. Sebelum ini, seorang peniaga dari Sichuan, Wu Nan menggayakan sendiri kasut tumit tinggi yang dijualnya untuk mendapat kepercayaan pelanggan.
Pempengaruh Austin Li Jiaqi pula sering menggayakan lipstik pada wajahnya untuk menarik perhatian pelanggan. Dia juga terkenal dengan ulasan terhadap barangan kosmetik berjenama mewah.
Kredit: Mothership
BACA: Pelancong China Puji Jurujual Di Pavilion KL Sebab Tak ‘Judge’ Pemakaian