in

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis Kekal, Permohonan GISB Ditolak Mahkamah Tinggi

1gisb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan oleh GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali, terhadap keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang memutuskan pegangan kumpulan berkenaan mengandungi unsur ajaran sesat khususnya bersifat batiniah.

Mahkamah memutuskan bahawa fatwa berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah selaras dengan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, sekali gus menafikan bidang kuasa mahkamah sivil untuk mendengar atau mengkaji semula keputusan tersebut.


Screenshot 2026 01 17 at 9.39.43 AM

Selain itu, mahkamah turut menegaskan bahawa pengesahan sesuatu fatwa adalah kuasa prerogatif Raja Perlis selaku Ketua Agama Islam negeri, dan tindakan memperkenankan fatwa bertujuan menjadikannya mengikat ke atas semua umat Islam di Perlis sebaik sahaja diwartakan.

Mahkamah juga berpandangan bahawa cabaran yang dibawa pemohon pada asasnya menyentuh inti pati fatwa berkaitan akidah, ajaran, kepercayaan dan amalan, yang memerlukan penelitian mendalam terhadap prinsip agama Islam serta tidak wajar ditentukan oleh mahkamah sivil.

Sehubungan itu, mahkamah merumuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan cabaran terhadap fatwa berkenaan, yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada Oktober 2024 susulan dapatan bahawa pegangan kumpulan GISB menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.