Seorang suri rumah telah kerugian RM136,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau scam.
Menurut The Star, sindiket tersebut menipu wanita tersebut dengan mengatakan yang wanita ini dalam siasatan kerana “menjual” akaun bank kepada seorang lelaki dengan harga RM10,000.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, penipuan ini bermula dengan panggilan telefon dari seroang lelaki yang mendakwa dia adalah salah seorang pekerja pejabat pos di Kuala Lumpur.
Dia memberitahu mangsa yang mangsa mempunyai satu pakej mengandungi satu IC dan lapan kad ATM. Panggilan itu kemudiannya disambung ke seorang ‘inspektor polis’.
“Terkejut dan takut, mangsa telah mengikut arahan inspektor tersebut untuk memindahkan wang melalui ATM berdekatan rumahnya.”
Tambah ACP Noorzainy, mangsa telah membuat sebanyak tujuh transaksi ke dalam empat akaun bank yang diberikan oleh scammer.
Dia diberitahu duit tersebut akan digunakan untuk siasatan.”
Mangsa yang kemudiannya merasakan ada sesuatu yang tak kena telah membuat laporan polis dan kini kes ini sedang disiasat dibawah Seksyen 420 Akta penipuan.
Kalau korang nak tahu, selalunya Macau scam ni bermula dengan panggilan telefon dari seseorang yang berpura-pura sebagai pegawai bank, agensi kerajaan atau pengutip hutang.
Sindiket ini kemudiannya akan memberitahu mangsa yang mangsa telah berhutang atau tak bayar denda dan perkara ini perlu diselesaikan dengan segera dalam masa satu jam kalau tak nak terima akibat buruk.
Sindiket ini juga turut membayar penagih dadah dan penganggur untuk gunakan akaun bank mereka bagi menerima bayaran dari mangsa.
Untuk menampakkan penipuan lebih meyakinkan, sindiket ini akan menggunakan voice over atau nombor yang terpampang di skrin mangsa nampak sama denga nombor telefon dari agensi yang menjadi samaran dorang.
Fuh, scammer ni kalau jadi pelakon memang boleh menang award eh?