in

“Kepada pendakwah atau dai, kalau dh gatal atau nak tumpang senang, jgn guna alasan jumpa depan kaabah”-Ridhuan Tee

FEATURED 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua menjak ni kecoh kisah mengenai pendakwah atau dai yang berkahwin lain dan pada masa sama menceraikan isterinya.

Sehinggakan situasi tersebut menjadi begitu sensasi dan menarik perhatian ramai pihak terutamanya di media sosial.


Malah berlaku ‘adegan’ melibatkan beberapa pihak sehingga terpaksa mendapatkan campur tangan pihak polis.

Terpanggil dengan keadaan berkenaan, penceramah bebas Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil memberi ‘nasihat padu’ kepada para pendakwah dan mereka yang bergelar dai di luar sana dalam posting terbaru facebooknya…makan dalam weh!

 

“Jumpa perempuan depan kaabah tak semestinya jadi isteri…”

11
Sumber: facebook

Ramai juga yang menganggap seseorang yang bergelar pendakwah atau dai ini sebagai individu yang dihormati atas ilmu agama mereka yang tinggi.

Justeru itu, Ridhuan Tee meminta supaya golongan-golongan ini menjaga perangai mereka dengan baik.

ridhuan tee2
Sumber: mStar
22 1
Sumber: facebook

 

“Adakah apabila berjumpa depan kaabah bermakna petanda baik? Mesti kahwin dan dijadikan isteri?”

33
Sumber: facebook

Cara ‘nasihat’ yang disampaikan Ridhuan Tee ini cukup bersahaja dengan menunjukkan contoh-contoh yang mudah supaya masyarakat lebih faham dengan situasi.

Malah katanya lebih baik berterus terang daripada memberikan pelbagai alasan.

44
Sumber: facebook

 

“Nasihat saya kepada pendakwah, jika terlalu ghairah nak kahwin buatlah dengan cara yang betul, jangan sensasikan”

55
Sumber: facebook

Perkongsian penceramah bebas itu yang dimuatnaik semalam di facebook menjadi viral dalam sekelip mata, sehingga kini memperoleh 5.3k likes dan 1k shares.

Rata-rata netizen juga bersetuju dengan kenyataan yang diberikan.

 

“Pendakwah zaman skrg adalah pendakwah realiti dan pendakwah pendptan, bukanlah pendakwah yang genuine, iklas seilkhlasnya kerana Allah.”

1 7
Sumber: facebook
2 5
Sumber: facebook

 

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Baca : “Laki bini sama naik rupanya”  Penjelasan Isteri Baru Daie Farhan Buat Netizen Kerut Dahi

DAI

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.