in

“Kepada frontliner, anda adalah barisan pertahanan terakhir negara” – DG Noor Hisham

Dgh12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes Covid-19 yang kian meningkat nyata memberi impak psikologi terhadap para petugas barisan hadapan negara sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat ujian depression, anxiety, dan skala stress (DASS) terhadap mereka bagi menentukan tahap kemurungan yang dialami.

Masih ingatkah korang awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan dulu? Bagaimana mereka bekerja keras bagi melandaikan lengkungan wabak pandemik ini? Semestinya melihat angka kembali menjadi tiga digit sehari-hari sedikit sebanyak melunturkan semangat mereka.


Namun begitu, DG Hisham seru semua kekalkan semangat. Alamak min yang nak nangis baca.

 

Kepada rakyat Malaysia dan frontliner

Tanpa berputus asa, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia ini terus menerus bersifat positif dan memberikan semangat dengan menerangkan tugas masing-masing bagi membendung penularan Covid-19.

Dgh

 

“Mari kita bersatu dalam perang melawan penularan berskala besar Covid-19”

“Kita tak boleh menang perang ini bagi menyekat atau mengurangkan penularan virus tanpa sokongan orang ramai. Yang kami minta, adalah untuk orang ramai ‘Stay at Home’ dan jika mustahil tolong patuhi SOP.”

Frontliners adalah barisan pertahanan terakhir

Beliau juga mengingatkan bahawa petugas kesihatan adalah barisan pertahanan terakhir negara.

“Banyak yang akan merasa letih dan kecewa melihat kesemua kluster baru yang muncul. Lagipun, kita cuma manusia”

“Kepada semua petugas kesihatan, ingatlah kita adalah pelindung kesihatan rakyat dan keselamatan negara. Kita adalah barisan terakhir pertahanan negara.”

Dgh8

 

It is Now or never

Kita kena kekalkan semangat dan terus kuat.”

“Kita ada peluang yang kecil untuk melakukannya dengan betul dan melandaikan lengkungan lagi sekali. It is now or never.”

“Kesihatan menyatukan kita semua dalam melawan satu musuh utama, Covid-19. InshaAllah.”

Dgh7

 

Terima kasih DG Hisham & pasukan

Rata-rata warganet terharu dengan posting beliau (termasuk min), selain berterima kasih dengan usaha para petugas kesihatan.

Dgh4

Dgh5

 

Sumber : DG Noor Hisham

 

Baca : “Bergetar suara DG Hisham tahan sebak, mata pun nampak bergenang” – Netizen Sedih Lihat Wajah Penat Dr Noor Hisham

Dgh1

Sumber: Facebook
Sumber: codeblue
Sumber: nst
Sumber: facebook
Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.