in

“Kenyang sampai kiamat” – Stadium Jual Burger ‘Premium’ RM139K Sebiji Buat Orang Ramai Terkejut

2burger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi meraikan kemenangan pasukan Atlanta Braves dalam Siri Jelajah Baseball Amerika Syarikat, stadium mengeluarkan burger premium yang mencecah harga $33,000, bersamaan RM139,000.

Burger premium yang harga tak masuk akal itu mempunyai banyak lapisan bahan-bahan mewah. Antara bahan mewah yang terdapat dalam burger premium itu termasuklah patty daging wagyu, telur goreng, foie gras (hati itik), ekor lobster, keju Tillamook, minyak truffle dan tomato. Burger mewah itu turut dihidangkan dengan kentang goreng parmesan.


Screenshot 2022 04 10 at 1.24.26 PM

Harga burger premium yang tak mampu dimiliki oleh semua orang itu menerima kecaman bukan sahaja dari peminat dan penyokong kelab baseball itu, malahan portal berita lain di Amerika Syarikat turut memberikan komen seolah mempersoal tindakan pengurusan stadium yang menjual makanan berkenaan.

Screenshot 2022 04 10 at 1.28.07 PM

Memetik laporan Mirror UK, stadium tersebut mengeluarkan 2 jenis burger mewah bagi meraikan kemenangan pasukannya itu. Burger mewah yang lebih murah dijual pada harga $151 bersamaan RM637. 151 dipilih bagi mengenang ulang tahun ke-151 kewujudan kelab sukan itu.

Kalau korang lah kan, nak makan ke burger dengan harga macam ni? 

 

Baca: Warga Rusia Simpan Stok Burger McDonald’s, Jual Satu Big Mac Pada Harga RM1,367

Screenshot 2022 04 10 at 1.34.00 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.