Sejak dua menjak ni, nama pasangan Malaysia-Korea ini menjadi bualan hangat kerana beberapa kontroversi yang timbul. Maryam dan Ryzal dikritik bertubi-tubi, lepas satu satu isu bangkit dan mendapat perhatian netizen di media sosial.
Terbaru, Ryzal ada berkongsi sebuah video di mana dia mendedahkan bahawa isterinya yang sedang hamil anak sulung mereka itu ada berfikiran mahu membunuh diri dek kerana kecaman yang diterima.
Difahamkan, Maryam sering berfikir bahawa membunuh diri itu merupakan jalan penyelesaian jika ada masalah. Video tersebut menjadi viral dan tindakan Ryzal sekali lagi hangat diperkatakan di Twitter yang mempunyai pelbagai reaksi berbeza.
Namun, menurut Kosmo tweet dimuat naik oleh @Ari757 mendapat reaksi daripada netizen yang turut berfikiran yang sama.
Menerusi tweet itu, individu terbabit berpendapat bahawa Ryzal tidak perlu berkongsi semua perkara berkenaan dirinya dan isteri kepada umum. Katanya, ada sesetengah perkara yang perlu disimpan dan tidak perlu dihebahkan kepada orang ramai.
I think si Ryzal Ibrahim tu tak patut share private things like this. Wife murung dan berfikiran nak bunuh diri tu personal info that the public don’t need to know.”
Guna Maryam untuk clout?
Individu tersebut turut tidak bersetuju Ryzal memperlakukan isterinya sebegitu dan berkata dia mempergunakan Maryam untuk clout dan fame.
Perkongsian pendapatnya itu mendapat respon daripada netizen di mana rata-ratanya seperti merasakan yang sama, Ryzal menggunakan Maryam untuk content dan views.
Antara komen netizen,
Zaman sekarang ini, dek kerana terlalu fikirkan pengikut di media sosial, terkenal dan sebagainya sanggup aibkan diri sendiri hanya untuk dikenali ramai. Kesan terhadap keluarga pada masa akan datang tidak pernah difikir.”
I saw recently video yang isteri dia lately menangis. Isteri dia menangis pun nak rakam masuk Youtube and buat content? B***h ka?”
Tak habis lagi ke laki dia tu buat hal? Dah lah hari tu laki dia hina pakaian tradisional Iban. Maryam pula kena minta maaf. Kesian Maryam.”
Wujud juga eh lelaki yang jenis clouts chaser ni? Bini tengah mengandung tu jaga la elok elok. Maryam terpikir nak bunuh diri tu so dia as a husband kena la bagi support kat Maryam sampai dia boleh lupakan benda yang tak patut tu. Bukannya sibuk buat content macamni.”
Min doakan Maryam dan kandungannya sentiasa dalam keadaan baik dan sihat.