in

“Kenapa tak guna teddy bear, kan lagi comel” – Kelab Bola Sepak Seoul Gunakan Patung Seks Sebagai Penonton Di Stadium?

featured image 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat bola sepak, pasti mereka rasa kecewa bila tak dapat datang ke stadium bukan kerana ticket habis. Tapi sebab penularan wabak Covid-19 ini.

Perkara ini turut di rasai bagi pemain bola sepak juga, bila tak ada sorakan daripada penyokong semangat untuk menjaringkan gol pun rasa macam tak bermakna.


Mungkin kerana stadium terlampau sendu, kelab K-League, FC Seoul dikatakan telah menjadikan patung seks sebagai penyokong sorakan kumpulan mereka. Perlawanan di antara ‘FC Seoul VS Gwangju FC’ telah berlangsung pada Ahad lalu, Lapor Harian Metro.

patung 1

Jika anda perasan, patung-patung yang bersaiz manusia sebenar tu diletakkan mengikut penjarakan sosial dan dipakaikan mask. Apalah masalah dorang ni hahaha….

Bukan setakat tu sahaja, selain sepanduk pasukan bola, patung ini juga memegang sepanduk yang mempromosikan ‘kedai untuk orang dewasa’.

patung 2

Dengan bunyian rakaman penyokong, patung ini jika lihat dari jauh memang nampak macam manusia sebenar. Dari situ orang tertanya, bila masa penyokong dibenarkan masuk.

 

Permohonan Maaf

Difahamkan, kelab bola FC Seoul ini telah menerima banyak kritikan dari rakyat Korea Selatan. Perkara ini menjadi hangat selepas penonton perasan terdapat patung seks pada perlawanan itu.

patung 3

Pihak FC Seoul telah mengeluarkan kenyataan tanda minta maaf atas penggunaan patung ini sebagai penyokong sorakan.

Kami memohon maaf setulus hati kerana mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat” – FC Seoul

Mereka turut menjelaskan bahawa patung itu bukanlah patung seks, tetapi ianya hanya patung mannequin yang menyerupai manusia.

 

Baca: Tuan Rumah Mahu Seks Dan Gambar Bogel Sebagai Ganti Bayaran Rumah Sewa Semasa Krisis Covid-19

Annotation 2020 05 19 142148

 

 

 

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.