Awal bulan ini, hangat diperkatakan mengenai kes Abang Bas yang didakwa dengan dua pertuduhan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan satu pertuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Baru-baru ini, kakak kepada Abang Bas ada memuat naik posting di TikTok meluahkan rasa sebaknya apabila anak bertanya mengapa bapa saudaranya sudah tidak mengambilnya di sekolah seperti kebiasaan.
Menurut posting itu, kakak Abang Bas mendedahkan sebelum ini memang tugas adiknya mengambil anak di sekolah, namun setelah direman, lelaki itu tidak dapat melakukan rutin kebiasaannya.
Pagi-pagi dia dah tanya siapa ambil Caca balik school? Ibu terus cakap ‘Pakitam yang ambil, ibu tak sempat nak ambil, caca balik awal ibu tak boleh keluar awal’
“Kenapa poksu tak ambil Caca? Bergenang air mata ibu,” tulisnya.
Katanya, dia terpaksa menipu anak dengan mengatakan pakciknya tidak boleh mengambil anaknya itu lagi tanpa sebab kukuh.
Kenapa tak boleh ambil? Sampai bila ibu nak menipu. Dari bayi pakcik-pakciklah tempat Caca menumpang kasih sebab ayah dia kerja jauh,” katanya lagi.
Posting berkenaan menerima pelbagai komen daripada netizen yang bersimpati dengan nasib ‘Caca’ dan mendoakan yang terbaik buat keluarga ini.
Sebagai info, keluarga Abang Bas sebelum ini telah berjaya membayar ikat jamin sebanyak RM40,000 hasil kutipan derma daripada netizen di Mahkamah Muar selepas lelaki tersebut telah ditahan atas pertuduhan amang seksual.
Abang Bas telah mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dia telah diwakili peguam terkenal, Datuk Zaharil Muhaiyar secara probono.
Sumber: TikTok