in

“Kenapa merayu? Enforce la!” – Netizen Desak Menteri Guna Kuasa Tegas Pada Peniaga Yang Naikkan Harga Hand Sanitizer

Untitled Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam musim wabak melanda sekarang ni, produk-produk bersifat dinsinfectant seperti hand sanitizer, rubbing alcohol dan sebagainya memang laku keras.

Dan ketika demand sedang meningkat inilah, ada segelintir peniaga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menjual keperluan ini pada harga tinggi. Siap ada brand produk yang dijual itu pun tidak pernah kita dengar dan lihat sebelum ini.


Menyedari hakikat tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa semalam ada memuatnaik satu perkongsian di laman Twitternya — merayu agar peniaga tidak menaikkan harga hand sanitizer.

Ia bagaimanapun mengundang kecaman netizen, yang meminta beliau serta pemimpin lain menggunakan kuasa sedia ada di dalam kerajaan untuk bertindak lebih tegas terhadap peniaga tidak bertanggungjawab — bukannya membuat rayuan di media sosial semata-mata.

2 1 1

3 1 1

5 1 1

 

1 23

6 1 1

Selain itu, netizen turut mencadangkan agar hand sanitizer dan produk berkaitan lainnya diletakkan di bawah Akta Kawalan Harga memandangkan ia merupakan satu keperluan dalam keadaan darurat ketika ini.

Malah, ada yang turut mencadangkan agar kerajaan menetapkan harga hand sanitizer mengikut saiz dan kuantiti — supaya tiada lagi peniaga akan mengambil kesempatan di tengah-tengah kesusahan orang ramai.

Ini kerana, ada yang mengadu harga hand sanitizer bersaiz 500ml pun sudah mencecah RM45 sebotol! Teruk betul kalau dah macam ni gayanya. Macam tu, baik kita import je dari luar dengan harga yang lebih murah — kalau peniaga tempatan sendiri pun dah hilang timbang rasa.

Macam cadangan brader ni…

A 6

Baca: “Dibacakan ruqyah & ayat 1000 dinar” – Penunggang Agama ‘Overclaim’ Jual Hand Sanitizer Boleh Cegah Covid-19 & Makhluk Halus

Hs4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.