Niat hanya mahu membantu rakan tetapi lain pula yang jadinya, penyanyi lagu Gundah, Ernie Zakri begitu terkilan dengan sikap segelintir netizen yang dikatakan suka memberikan soalan sinis terhadap rakannya.
Luahan itu dibuat menerusi platform X miliknya, di mana Ernie dikatakan sangat terkilan dan jelak dengan sikap netizen yang dia labelkan sebagai bitter.
Artikel Berkaitan : Ernie Zakri Beri Respon Sempoi Bila Ada Netizen Cakap Hanya Raih Undi Dari Keluarga Untuk #ABPH35
Arikel Berkaitan : “Merdu sangat!” – Bertaranum Dengan Johan Tilawah Al-Quran, Ernie Zakri Buat Orang Ramai Terpegun
Ia susulan dengan satu status Ernie yang ingin membantu rakannya mencari jodoh. Namun begitu, ada netizen menyindir Ernie dan berpura-pura mempersoalkan jika kawan lelakinya itu mencari jodoh seorang ‘suami’ ataupun isteri.
Bahkan ada juga yang mengejek perwatakan lelaki tersebut dan ia membuatkan Ernie tidak berdiam diri dengan menegur sikap mereka.
Status tersebut telah meraih lebih daripada 1,000 jumlah perkongsian, selain ramai yang mempertikaikan posting itu dan ada yang juga berkenan dengan kawan Ernie ini siap ada yang recommend kan lagi.
Bagaimanapun, isu itu tidak terhenti di situ, Ernie ada memuat naik satu lagi status dengan meluahkan rasa pelik dan terkilannya terhadap sikap segelintir netizen yang bitter.
Ernie juga ada menasihati golongan bitter ini untuk mendoakan perkara yang baik-baik sahaja buat seseorang itu, selain mempersoalkan sikap mereka yang suka sebut tentang perkara yang bukan-bukan.
Ya Allahhhhhhhh saya tolong kawan je. Betapa bitter nya laaaa kaum kaum di Twitter ni. Doa la yg baik baik. Ada org yg ada rezeki dpt bina masjid, ada org yg berusaha nak ke jln baik. Kenapa kena sebut yg bukan bukan. Semua tgh berusaha nak capai sesuatu dlm hidup kan?
— Ernie (@ErnieZakri) November 26, 2023
Sebaiknya kita doakanlah yang baik-baik buat orang yang berniat nak membina masjid ni. Bukannya tuduh benda yang bukan-bukan.
Sumber : X