Semenjak Ahad lepas, isu Sajat yang memuat naik gambar bertelekung di Tanah Suci Makkah telah menjadi topik dan perbincangan hangat netizen ramai.
Setelah mendapat perhatian menteri, isu ini juga telah menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk mengulas mengenainya.
“Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki”
Menerusi posting Facebook Dr Zulkifli, beliau memberitahu yang beliau telah pun merujuk isu ini kepada JPN dan mendapati yang jantina usahawan tersebut ternyata seorang lelaki.
Dalam masa yang sama, Zulkifli juga menjelaskan adalah wajib bagi seorang transgender (mukhannas) untuk menunaikan umrah dengan jantina asalnya. Berikut perkongsian penuh Mufti Wilayah Persekutuan di Facebook.
https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033/1686464514826854/?type=3&theater
“Mufti sayur… mentang-mentang Sajat tu kaya. Jadi double standard”
Walau bagaimanapun, penjelasan panjang lebar mufti nampaknya menimbulkan kemarahan bagi segelintir netizen yang mula attack Instagram Dr Zulkifli.
Menurut mereka, penerangan Datuk Mufti tak mencukupi kerana tiada sebarang tindakan yang dijalankan pihak JAKIM malah perkara ni sebelum ini dah sepatutnya dibuat. Kenapa baru sekarang nak bersuara? Pulak dahh korang ni!
“Tiada rasa hormat langsung pada ilmuan agama”
Komen-komen yang dilemparkan netizen di Instagram telah mendapat perhatian personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya dan beberapa netizen lain yang berpendapat sikap netizen tersebut berperangai agak keterlaluan.
Sampaikan Mufti Wilayah pun korang dah tak hormat. Kalau nak tegur, gunalah ayat yang elok sikit.
Harap-harap isu Sajat ni taklah berlarutan sampai jejas hubungan antara negara dan ramai pulak yang tak senang duduk kerana tak ada tindakan yang diambil ke atasnya. Kita tunggu je apa yang kerajaan buat lepas Sajat kembali ke Malaysia nanti.