Bagi mereka yang lahir tahun 80-an dan awal 90-an dahulu, pasti akan imbau kenangan menonton pelbagai filem sekitar awal 2000 dulu melalui VCD kerana masih belum ada lagi penstriman filem secara atas talian seperti sekarang. Semuanya bergantung pada VCD selain daripada menonton di pawagam.
Antara telefilem yang hangat dan popular pada era ini adalah Blok 404, pasti ramai yang teringat, kan? Filem seram ini mengisahkan sekumpulan pelajar yang baru berpindah masuk ke sebuah rumah sewa besar berdekatan dengan kolej mereka.
Min pernah kongsikan kisah ini sebelum ni, boleh baca selanjutnya kat bawah ni.
Artikel berkaitan : Siapa Ingat Filem Blok 404 & Kem 505? Filem Femes Zaman VCD, Jom Throwback!
Artikel berkaitan : Seram Malam Jumaat: 5 Cerita Hantu Korang Dengar Masa Kecil Dulu
Apa yang min cuba nak kongsikan kat sini adalah sekadar untuk mengimbau kembali kenangan dulu selepas salah seorang pelakon filem tersebut, Raja Azrey ada muat naik perkongsian di TikTok miliknya mengenai keadaan lokasi penggambaran filem Blok 404 sekarang.
Katanya, lokasi penggambaran ini terletak di Kajang, Selangor dan Raja Azrey ada tunjukkan setiap perincian tempat mengikut babak-babak yang ada dalam filem tersebut.
Antaranya, lorong dalam babak mereka sampai ke Blok 404 tersebut, katanya kawasan tersebut dahulunya dipenuhi dengan pokok-pokok.
“Bangunan ini masih kekal strukturnya dan sama macam dulu cuma dia berbeza dari segi aturan yang ada dekat dalam ni je. Dapat juga saya melepaskan rindu saya.”
Raja Azrey juga ada tayang lokasi spesifik babak dia memancung kepala dan tempat mereka berkumpul, babak berdating, babak Nabila Huda jatuh dari bangunan dan segala babak pembunuhan yang terjadi di dalam filem itu. Boleh tengok video penuh di bawah ni.
@raja_azrey Abg ke lokasi asal telefilem vcd book 404. #viralmovie #tiktok #rajaazrey #rajaazreytvchannel #xroovmalaysia #vcd404 #blok404 #fypdongggggggggシ #movie #evergreen #klasik
“Memang seronok kalau dapat datang balik ke lokasi yang saya pernah gunakan tahun 2001, sekarang dah 2024 nak masuk 2025 dah. Ya Allah menggamit kenangan bersama kawan-kawan kat sini masa itu, Zamarul (Hisham) Nabila (Huda), arwah Faisal Yusof, Boy Iman dan arwah Ahmad B.”
Video yang telah meraih lebih daripada 560K jumlah tontonan dalam masa 2 hari ini telah membuatkan ramai netizen mengimbau balik kenangan mereka semasa kecil dahulu, bahkan mereka juga rindu dengan kesinambungan cerita ini iaitu Kem 505.
Seriously memang teringat kenangan masa kecil-kecil dulu, ini dikira satu filem yang menjadi bualan orang ramai masa tu.
Sumber : TikTok