in

Kenali Syukor Khamis, ‘Mowgli Malaysia’ Yang Terkenal Lepas Gambar Viral Dengan Kerbau Menangi Anugerah Antarabangsa

Mowgli 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, viral beberapa keping gambar budak dari Terengganu bersama kerbau peliharaan ayahnya memenangi 20 gambar terbaik dunia di Siena International Photo Award dan anugerah street/people photo of the year dari Asian Geographic.

Disebabkan gambar-gambar ni, ramai yang tertanya-tanya siapakah kampung boy yang serupa dengan watak Mowgli ni? Rapat sungguh dengan haiwan dan photogenic dengan alam sekitar di sekelilingnya.


48420197 974213899430287 2416284154745323520 N

47072986 959687387549605 3698506169489293312 N
sumber: facebook

 

Baru berusia 14 tahun, Syukor bergurau dengan haiwan seperti ‘kawan-kawan sekolah’ 

Menurut sebuah tweet yang tular semalam, Mohd Syukor Khamis, 14, ialah pelajar SMK Padang Midin Kuala Terengganu. Keakrabannya dengan haiwan telah menarik perhatian jurugambar sehingga mereka sering menjadikannya dan kerbau peliharaan ayah Syukor sebagai subjek yang dirakam.

Bagi jurugambar Nazri Sulaiman, hubungan mesra Syukor dan haiwan seperti kerbau, lembu, kambing, angsa dan burung ni bukan biasa-biasa tau. Dia bergurau dengan ‘mereka’ seperti ‘kawan-kawan sekolah’.

46804276 957630457755298 9096977355561238528 N

48370732 973230339528643 7928219481900318720 N

Dwjj3Lmu0Aa3Vir
sumber: facebook

 

Bercita-cita jadi circus performer, Syukor hanya ‘satu dalam sejuta’ 

Percaya atau tidak, Syukor ada cita-cita yang sangat rare. Dia ingin menjadi circus performer bila besar nanti. Malah menurut Nazri, Syukor adalah anugerah Allah kepada keluarganya kerana dalam sejuta pun susah nak jumpa budak yang special macam dia!

49077033 977495015768842 5774362682253639680 N
sumber: facebook

“Saya pernah jumpa ketika travel di Indonesia dan Thailand seorang budak baik dengan seekor kerbau jinak yang telah dicucuk hidungnya. Itu biasa.

“Tapi tak pernah saya jumpa seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau (yang tidak dicucuk hidungnya) dalam satu masa. Mereka dah kenal dah dengan Syukor ni.

“Sesetengah kerbau ada namanya seperti Awang (dah mati), Semek, Baba dan kambing ni pun namanya Bo,” katanya, lapor Utusan Online.

49213042 977497589101918 4183586613487468544 N
sumber: facebook

 

Ada fan page ‘Kampung Boy’ 
Haa jangan tak tahu, Syukor yang tinggal kat Terengganu ni sebenarnya famous jugak tau siap ada fan page kat Facebook lagi. Bagi korang yang nak berhubung dengan ‘Mowgli Malaysia’, korang boleh je ke Syukor Khamis – Kampung Boy.

14516453 557366414448373 7056651097781827245 N
sumber: facebook

Bagi mereka yang nak datang ambil gambar atau melawat kandang kerbau Pak Khamis, korang boleh je Kuala Terengganu dan bapa Syukor sendiri akan bawa korang ke Kubang Bujuk bersama Syukor.

Di sana Pak Khamis ada sediakan bilik di kawasan halaman rumahnya dan korang tak perlulah susah-susah nak sewa bilik serta hotel yang mahal-mahal kat Kuala Terengganu tu.

Semoga terus sukses ye dik Syukor! Femes sampai ke antarabangsa tu… 

Baca: Penjual Paling Hot! Wanita Tarik Perhatian Ramai ‘Cik Abang’ Lepas Gambar Jual Ikan Dekat Pasar Viral

Jual Ikan Cantik Wei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.