in

“Kena tebuk lubang” – Calon PRN Johor Dakwa Kena Aniaya, Individu Tunjuk Cara Betul Elak Billboard Rosak

page prn 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk Johor semakin terasa apatah lagi tarikh mengundi juga semakin hampir!

Disebabkan itu, boleh dikatakan ketika ini calon-calon PRN yang bertanding tak menang tangan untuk menyediakan persiapan mereka di saat-saat terakhir sebelum tibanya hari mengundi pada 12 Mac ini.


Pun begitu, baru-baru ini telah tular di media sosial Twitter apabila salah seorang calon yang bertanding bagi Parti MUDA iaitu Amira Aisya mendakwa billboard miliknya rosak akibat dianiaya individu yang tak bertanggungjawab.

Boleh dikatakan kerosakan itu agak teruk kerana besi tebal mengalami bengkok yang ketara. Kenyataan Amira Aisya yang juga merupakan Setiausaha Agung MUDA itu mendapat perhatian orang ramai sehingga ke hari ini.

“Kena guna cara fizik ni”

Ekoran ini, seorang individu ini tampil membuat quote kepada tweet milik Amira Aisya dengan menyatakan bahawa kerosakan itu mungkin disebabkan angin kuat yang melanda selepas lihat banner miliknya masih berada dalam keadaan yang baik.

Individu tersebut juga memuatnaik gambar billboard bersama dengan kesan lubang yang ditebuk untuk mengekalkan keadaan serta kedudukannya tanpa mengalami kerosakan yang teruk walaupun ketika dilanda angin yang kuat.

billboard

Dengan menggunakan kaedah tersebut, billboard itu dapat bertahan lama kerana ia melibatkan hukum fizik yang membantu mengurangkan rintangan angin. Perkongsian itu mendapat pujian orang ramai kerana ia menjawab segala persoalan tentang isu tersebut.

twt full 1

Patutlah banyak je billboard dan banner tepi jalan yang kena tebuk lubang… Untuk orang-orang Johor, dah ready ke tu nak mengundi?

Baca: “Tak faham maksud sebenar lahabau” – MP Mohon Maaf Guna Perkataan Tak Sesuai Untuk Kempen PRN Melaka

untitled 2 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.