in

“Kena pergi ni” – Maher Zain Bakal Temui Peminat Malaysia Pada 30 Ogos Ini

collage 21

Selepas enam tahun penantian, Maher Zain kembali semula ke Malaysia untuk bertemu peminatnya. Jaranglah orang tak familiar dengan lagu-lagu dari Maher Zain ni, kalau pergi kenduri kahwin pun confirm lagu dia masuk dalam list. Jadi kalau korang nak dengar sendiri Maher Zain nyanyi secara live, ini adalah berita yang ditunggu-tunggu!

Penyanyi Sweden-Lebanon kesayangan ramai ini akan mengadakan konsert pada 30 Ogos 2025 di Idea Live Arena, 3 Damansara menerusi konsert Maher Zain The Live Experience.”

Kali ini, jangkaan memang lebih tinggi sebab Maher janji akan bawakan setlist yang lebih mantap dan energy yang lebih besar. Confirm jadi kenangan yang tak boleh dilupakan!

Penantian selama enam tahun berakhir

Maher Zain

Kalau korang nak tahu, Maher Zain kali terakhir mengadakan konsert di Malaysia pada tahun 2019.  Waktu tu, semua lokasi konsert sold out dalam masa yang singkat. Tapi tak lama lepas tu, pandemik melanda dan Maher lebih banyak aktif di luar negara. Kemudian pada tahun 2024, penyanyi ini ada membuat global tour namun Malaysia tak termasuk dalam senarai tersebut membuatkan ramai peminatnya kecewa.

Tapi penantian telah pun berakhir, konsert kali ini bukan sahaja satu persembahan biasa tapi merupakan reunion di antara Maher Zain dan peminat Malaysia. Jadi konsert ni memang untuk korang yang jadikan lagu dia untuk majlis kahwin, peneman masa belajar atau jadi lebih dekat dengan agama hasil dari mesej yang disampaikan.

Gabungan lagu klasik dengan single terbaru

1900x1900 000000 81 0 0

Antara benda paling dinanti dalam Maher Zain The Live Experience mestilah pilihan lagu yang dia bakal bawakan. Tak mustahil korang akan dengar balik lagu-lagu legend yang pernah melonjakkan namanya macam “Insha Allah”, “Baraka Allahu Lakuma” atau “Thank You Allah”.

Siapa tahu, mungkin juga ada kejutan dengan karya terbarunya yang dah jadi kegemaran ramai seperti “Qalbi Fil Madinah” dan “Rahmatun Lil’Alameen”. Gabungan klasik dan baru ni memang boleh buat konsert kali ni jadi satu perjalanan muzik yang susah nak dilupakan.

Dengan lebih 8 juta followers kat Instagram dan 6.2 juta pendengar bulanan kat Spotify, tak hairanlah muzik Maher masih relevan dan terus beri inspirasi pada jutaan orang seluruh dunia.

Lebih dari sekadar hiburan

Penganjur acara ini iaitu Yayasan Tengku Abdullah (YTA) menegaskan bahawa konsert ini merupakan satu platform untuk menyebarkan nilai-nilai positif. Mereka mahu orang ramai balik dengan rasa puas hati bukan hanya sebab persembahan yang hebat tapi juga dengan jiwa yang tenang dan hati yang lebih bersemangat.

Di YTA, kami percaya dengan kepentingan membina komuniti yang menghargai seni bermakna, ekspresi positif, serta menanam nilai yang mampu mengangkat dan memberi inspirasi. Konsert ini bukan sekadar tentang muzik atau hiburan. Ia adalah tentang mencipta momen yang benar-benar menyentuh jiwa, menyebarkan mesej kasih sayang, ketabahan, dan harapan yang melangkaui pentas.” – Dr. Mohd Afiq Farhan Md Hanif

Info tiket Maher Zain The Live Experience 2025

Kalau korang dah tak sabar nak jadi sebahagian daripada sejarah ni, berikut adalah butiran lengkap untuk tiket:

  • Tarikh Konsert: 30 Ogos 2025
  • Lokasi: Idea Live Arena, 3 Damansara

Harga tiket penuh mengikut kategori:

Maher Zain

    • Silver – RM264.94
    • Gold – RM326.62
    • Platinum – RM408.86
    • Diamond – RM511.66
    • VIP – RM614.46
    • VVIP – RM1025.66

Korang bolehlah pilih sendiri harga tiket mengikut kesesuaian bajet dan pengalaman yang korang mahukan. Untuk kategori Silver, dah banyak tiket yang sold out tau! Jadi, jangan tunggu lama-lama cepat beli tiket terus dekat sini.

Jangan sampai terlepas!

Maher sendiri berpesan kepada semua peminat, “To the fans who have waited six years, we are coming back for you. Let’s make this tour something we will remember forever.” Kata-kata ini jelas menunjukkan betapa dia hargai sokongan yang tak pernah putus dari Malaysia.

Konsert ini bukan sekadar acara hiburan tetapi juga malam yang bakal dikenang sepanjang hidup. Jadi untuk korang yang selama ini rindu nak dengar suara Maher secara live, inilah peluangnya. Pastikan korang rebut tiket awal dan saksikan sendiri keajaiban muzik yang dah lama jadi sebahagian daripada hidup ramai orang.