Seorang lelaki di Chicago, Amerika Syarikat baru-baru ini menjadi perhatian pengguna media sosial X selepas dia berjaya menghalau seorang pencuri yang masuk ke dalam rumahnya dengan menggunakan kuali.
Memetik laporan NBC Chicago, pencuri itu telah memasuki rumah lelaki tersebut pada sekitar jam 3.30 petang, namun kehadirannya itu segera disedari oleh lelaki itu yang juga pemilik rumah berkenaan.
Lelaki itu kemudiannya segera mencapai kuali yang kemudiannya digunakan untuk menghalau pencuri itu dengan cara menghempuk pencuri berkenaan.
Artikel Berkaitan: “Macam Ocean’s Eleven” – Ini 11 Barang Termahal Di Dunia Yang Pernah Dicuri
Artikel Berkaitan: Ugut Nak Culik Anak Jika ‘Curi’ Budaya Indonesia, Nabila Huda Minta Netizen Tolong ‘Settle’ Individu Ini
Tindakan lelaki itu menghalau pencuri keluar dari rumahnya menggunakan kuali telah dikongsikan di media sosial X.
ppl will prob say why didn’t he grab a knife instead but i’m with this guy a frying pan makes a way better looney tunes noise https://t.co/bx6xE3ctfq
— lala ? (@ecto_fun) June 21, 2024
Kejadian pencuri itu dihalau oleh lelaki tersebut sempat dirakam oleh kamera litar tertutup di rumah itu.
Dalam video CCTV itu, dapat dilihat pencuri itu segera lari dan keluar dari rumah itu setelah dihalau oleh tuan rumah.
Dapat didengari juga bahawa berlaku pergelutan antara kedua-duanya apabila terdengar bunyi hempukan pada pencuri menggunakan kuali.
Pencuri itu kemudiannya telah ditangkap oleh polis di tempat kejadian.
Sumber: NBC Chicago