Sekumpulan orang Hindu mengadakan satu acara meminum urine lembu pada hari Sabtu lepas kena percaya kononnya kaedah itu boleh mencegah Coronavirus, ia berikutan dengan kepercayaan mereka bahawa air itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
Party yang dianjurkann oleh kumpulan yang dipanggil Akhil Bharat Hindu Mahasabha (Kesatuan Hindu India) di ibu pejabatnya di ibu negara, telah dihadiri oleh 200 orang, dan penganjur berharap untuk menjadi tuan rumah acara serupa di tempat lain di India.
“Kami telah minum air kencing lembu selama 21 tahun, kami juga mandi dalam tahi lembu. Kami tidak pernah merasakan keperluan untuk mengambil ubat Inggeris” – Kata Om Prakash, salah seorang tetamu yang hadir.
These Hindu activists in India say they drink cow urine to “fight the virus”. But scientists say there is no proof it can prevent #Covid19 infection pic.twitter.com/brNvR0zo8a
— South China Morning Post (@SCMPNews) March 17, 2020
Pada hari ‘majlis’ itu Chakrapani Maharaj, ketua Kesatuan Hindu India, dilihat meletakkan sudu yang dipenuhi dengan air kencing lembu berhampiran wajah karikatur coronavirus.
Ini kerana, seorang pemimpin dari negara bahagian timur India, Assam, ada mengatakan kepada anggota parlimen negeri awal bulan ini semasa sesi perhimpunan bahawa kencing lembu dan kotoran lembu dapat digunakan untuk merawat koronavirus.
Kembang tekak weh!
Patogen itu, yang telah menjangkiti lebih daripada 138,000 orang di seluruh dunia dan meragut nyawa 5,000 orang, sehingga kini tidak mempunyai ubat saintifik yang diketahui dan kerajaan di seluruh dunia sedang berusaha untuk mengawal penyebaran pandemik itu.
Bagaimanapun menurut Independent.co.uk, pakar telah berulang kali menegaskan bahawa air kencing lembu tidak menyembuhkan penyakit seperti kanser dan tidak ada bukti secara klinikal yang dapat mencegah coronavirus.