in

“Kembang tekak” – Polis Kesan Peniaga Jalanan Simpan Jeruk Buah Dalam Longkang Di Johor

Mangga Kotor Johor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila cuaca panas macamni, mesti sedap kalau dapat rojak buah ke, jeruk buah ke… Tambah pulak kalau buah tu fresh sejuk-sejuk lagi. Fuhh, memang nikmat betul rasa!

Sekarang ni pula senang je nak jumpa orang yang jual buah-buah ni kan? Mana taknya, tengah-tengah memandu tu nanti datang peniaga-peniaga tepi tingkap dengan mangga lah, jambu lah kat tangan diorang.


Kalau dah craving sangat tu, memang tak pandang kiri kanan terus grab 2 ke 3 balang!

Buah 2

“Eeewww, kotornya!”

Baru-baru ini Polis Johor telah menjalankan Ops Khas Peniaga Jalanan sekitar Johor untuk memastikan peniaga-peniaga menjaga kebersihan dan juga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pun begitu, polis dapat mengesan peniaga yang tak bertanggungjawab dengan meletakkan jeruk buah untuk dijual di dalam longkang! Walaupun disimpan di dalam bekas polisterin tapi ianya telah melanggar SOP kebersihan yang ditetapkan.

Buah 3

 

“Macam-macam penyakit boleh datang”

Menurut K! Online, enam saman telah dikeluarkan kepada sepanjang operasi itu dijalankan kerana ramai peniaga yang mengambil mudah hal kebersihan selain boleh mengundang masalah kesihatan kepada pembeli.

“Operasi ini dijalankan secara berkala dan berterusan, namun sejak akhir-akhir ini kegiatan ini semakin berleluasa terutamanya di kawasan-kawasan persimpangan lampu isyarat” – Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan

Ujarnya lagi, peniaga yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan di bawah Kaedah 10A (1)  dan Kaedah 10A (2) LN 166/59 yang mana boleh diambil tindakan denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.

Hmm, peniaga-peniaga yang lain tu pastikan jaga kebersihan okay? Baru lah makin laris kalau terjamin bersih dia… Hehehe…

Baca: “Orangnya steady tak sombong” – Viral Gambar Azlee Senario Niaga Buah Tepi Jalan, Netizen Puji & Pakat ‘Support’

Untitled 3 16

Sumber: Portal
Sumber: K! Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.