Setiap pelanggan yang pergi ke bazar Ramadan mesti terbayang makanan dan minuman yang sedap dan menyelerakan. Tapi kalau korang jumpa benda yang tak sepatutnya dalam makanan tu terbantut tak selera korang?
Baru-baru ini, telah tular di TikTok sebuah video mengenai seorang pelanggan yang berkongsi kisahnya apabila dia terjumpa sebatang gigi berlubang dalam makanan tradisional kaum India iaitu kuih Vadei.
“Buka puasa apa hari ni gais? Kami beli kuih percuma gigi dalam kuih.”
“Pakej gigi berlubang,” tulisnya dalam video berkenaan.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat sebatang gigi diletakkan bersebelahan dengan kuih Vadei yang dipercayai dibeli di sebuah bazar Ramadan.
Menurut pemilik akaun tersebut, kejadian itu hanya disedari oleh salah seorang daripada ahli keluarganya selepas dia bertindak menjamah makanan tersebut.
Alangkah terkejutnya dia, apabila dia menyedari bendasing yang dijumpai di dalam kuih tersebut adalah sebatang gigi berlubang yang bukan kepunyaannya.
“Abang kunyah-kunyah keras ingatkan apa, sekali keluarkan dari mulut tengok rupanya gigi,” katanya.
“Daripada aku lapar terus mual tak jadi lapar dah” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik apabila melihat bendasing tersebut adalah sebatang gigi. Dalam pada itu, ada juga netizen yang terkejut dan menyangkakan bendasing di dalam kuih tersebut adalah biji barli.
Lain macam betui inti kuih Vadei dia…
Baca : “Ingat 1 tapi 10” – Wanita Terkejut Makan Nasi Kerabu ‘Lauk’ Dawai Kokot