Khabar berita mendukacitakan terhadap perginya seorang syuhada memberi impak kepada seluruh umat islam.
Bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi yang meninggal dunia ketika perbicaraan ekoran dengan serangan beberapa penyakit tanpa rawatan susulan sepanjang berada dipenjarakan. Al- Fatihah
Pasti ada yang kurang pasti siapa beliau, kenapa tiba-tiba menjadi perhatian orang ramai dan apa yang menyebabkan dia disanjung kan? Ini sedikit pengenalan.
Siapa Mohamed Morsi?
Mohamed Morsi merupakan bekas presiden Mesir pada tahun 2012 hingga 2013. Beliau satu-satunya presiden yang dipilih secara demokratik pada 2012 yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak.
Beliau kemudian digulingkan selepas protes besar-besaran dan rampasan kuasa tentera pada Julai 2013. Morsi, 67, hanya sempat berkhidmat selama setahun, sementara organisasi yang dimiliki beliau, Ikhwanul Muslimin, telah diharamkan.
Penyeksaan Morsi
Tahun 2018, Morsi dikurung bersendirian selama 23 jam sehari, dan hanya dibenarkan bersenam selama satu jam.
Menurut perkongsian daripada Astro Awani, Morsi yang mempunyai masalah kesihatan termasuk kencing manis serta penyakit hati dan buah pinggang juga dilaporkan tidak menerima rawatan perubatan yang diperlukan.
Di mata umat islam, beliau ini dianggap wira. Ini kerana ada beberapa amalan murni yang Morsi lakukan sepanjang hidupnya disebalik keberaniannya dalam dunia politik yang ramai tak tahu.
1. Seorang Hafiz Al-Quran
Untuk pengetahuan, beliau merupakan presiden pertama yang menghafal Al-Quran. Ketika beliau berada di tahanan Rejim, permintaannya untuk membaca al-Quran telah ditolak.
“Mereka menolak saya untuk memiliki salinan Alquran di sel saya, tetapi apa yang mereka tidak tahu adalah bahwa saya telah menghafalnya selama lebih dari 40 tahun. Saya hanya ingin menyentuh Alquran dan tidak lebih.”
2. Membantu pelarian Syria
Setelah pelantikannya sebagai Presiden Mesir tahun 2012, lebih dari 100,000 pelarian Syria tiba di Mesir.
Dibawah pemerintahnya, beliau mengizinkan mereka untuk tinggal, bahkan membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Beliau juga ada bantu anak-anak Syria untuk masuk sekolah dan menjaga kebajikan mereka.
3. Mendahulukan Azan masa dah bagi speech
Ketika dia menyampaikan satu ucapan penting, tiba-tiba dia tersedar bahawa dah masuk waktu solat. Tindakannya pada waktu itu telah menggemparkan seluruh generasi umat islam di Mesir apabila dia mengulangi semula laungan Azan tersebut di khalayak ramai.
Ia membuatkan bahawa umat di islam di Mesir yakin bahawa Morsi adalah pemimpin yang taat kepada Allah.
4. Membantu gelandangan beri tempat berlindung
.
Seorang wanita berstatus janda ada menceritakan kebaikan yang Morsi telah lakukan padanya. Ketika dia sedang tidur di tepi jalan, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti danMorsi keluar dari tempat duduk belakang untuk berjumpanya.
Ketika ditanya mengapa tidur diatas jalanan, dia berterus terang bahawa dia merupakan seorang janda dan tidak mempu untuk membayar bulanan apartmentnya.
Lantas, bekas presiden kelima Mesir ini mengarahkan orang-orangnya untuk memberikan sebuah rumah apartment dan wang saku. Tapi amat mendukacitakan semenjak rampasan kuasa itu berlaku, wanita ini kembali menjadi gelandangan
5. Rendah diri, hanya tinggal di sebuah Apartment semasa jadi Presiden
Umumnya presiden pasti Mesir akan diberikan banyak kediaman mewah di sekitar bandar Cairo. Menurut sumber, ketika Morsi sampai ke penginapan presiden untuk pertama kalinya, Morsi memutuskan bahwa beliau enggan untuk menetap disitu. Dia mengalah dan memilih untuk terus tinggal di apartmen yang disewanya.
Malah beliau juga merupakan presiden yang dibayar paling rendah tau. Allahuakbar,sebaknya tengok gambar dan dia yang tenang dalam menghadapi dugaan kematiannya yamat dicemburui umat islam.
Semoga wira tak didendang ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al- Fatihah