in

Kematian Tiga Sekeluarga Akibat Rumah Terbakar Di Pagoh Kini Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh

Incollage Save

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian tiga sekeluarga melibatkan pasangan warga emas dan cucunya di Kampung Paya Redan, Pagoh, semalam, kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Menurut Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, laporan bedah siasat mendapati terdapatnya unsur jenayah pada mangsa yang terlibat, lapor Astro Awani.


Tambah beliau, kes tersebut bakal disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Raiz Mukhliz berkata, pihak polis kini sedang giat mengesan anak lelaki sulung pasangan warga emas berkenaan Azman Mohamaed Nor, 48, yang dipercayai melarikan diri ketika kejadian bagi membantu siasatan.

“Usaha mengesan suspek utama kejadian kebakaran itu kini sedang giat dilakukan dan kita memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

Artikel berkaitan: Bomba Selamatkan 9 Mangsa Dalam Insiden Papan Iklan Terbakar di Lebuhraya Persekutuan

Artikel berkaitan: Kisah Bandar Terbengkalai Centralia Yang Terbakar Sejak Enam Dekad Lalu

Img 8584
Pihak polis kini mengklasifikasikan kes rumah terbakar di kampung paya redan, semalam, sebagai kes bunuh. Kredit gambar: sinar harian

Beliau berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan terus dengan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan (ASP) Siti Rohayu Salih di talian 016-2199592 atau hubungi hotline Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar di talian 06-9564800, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Menurut laporan Sinar Harian, bapa Noradriana Nor Hasyim, 11, iaitu Nor Hasyim Tahir, 43 berkata, laporan bedah siasat mendapati anaknya telah dipukul menggunakan objek tumpul.

“Apa yang boleh saya katakan, anak saya meninggal disebabkan kesan ketukan di kepala, keadaan muka dia hancur sebab bekas ketukan benda tumpul.

“Kita juga masih tak tahu punca sebenar, kesan kebakaran dekat dia tak teruk sangat,” katanya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.