Mungkin ramai yang sudah lupa dan ada yang tak tahu mengenai satu lagi kes kematian melibatkan seorang penuntut UPNM, Amirul Nashriq Othman, setahun selepas pemergian Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Sejak beberapa hari lalu, tular kembali tangkap layar berkenaan kronologi kes membabitkan Allahyarham Amirul.
Menurut laporan, hasil siasatan polis mendapati Amirul Nashriq yang berusia 19 tahun pada ketika itu meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama-sama rakannya di Air Terjun Chamang, Pahang pada 24 Mac 2018.
Artikel berkaitan: “Tutup jelah UPNM”- Lagi Kes Kematian Penuntut UPNM, Kakak Dakwa Adik Jadi ‘Mangsa’ Seperti Zulfarhan
Artikel berkaitan: “Sia-sia masuk universiti lepas itu ke tali gantung”- Permaisuri Pahang Titip Pesan Buat Pelajar Universiti
Namun, kematiannya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, ada juga yang mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.
Media pernah melaporkan, bapa Allahyarham iaitu Othman Yusoff berkata, keluarganya ada membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis serta laporan bedah siasat anaknya.
Laporan polis itu dibuat selepas melihat kecederaan dialami Amirul Nashriq termasuk kesan lebam yang terdapat pada badan mangsa dua hari sebelum kejadian.
Peguam nak buka semula kes
Susulan kes Zulfarhan hangat diperkatakan di media sosial selepas enam pelaku dijatuhkan hukuman gantung, netizen juga berharap agar kematian Amirul Nashriq turut mendapat pembelaan sewajarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, seorang peguam jenayah iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dilaporkan akan membawa kes Amirul Nashriq ke pihak pengadilan.
Menerusi sumber Team Rakan di TikTok, pasukannya bersama peguam yang pernah tular dengan kisah ‘kotak pensel’ itu akan bertemu dengan keluarga Allahyarham di Perak dalam masa terdekat bagi membuat persediaan untuk membela nasib bekas penuntut UPNM ini.