Betul lah orang kata malang tidak berbau, itu lah peribahasa yang paling sesuai dengan keadaan warga emas ini.
Penderitaan beliau selama 30 minit itu berakhir jua setelah pihak bomba hadirkan diri dan menolong beliau “keluar” dari situasi tersebut.
Beliau terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas kemaluannya tersepit pada kerusi plastik yang didudukinya. Dikatakan warga emas itu telah menggunakan kerusi tersebut untuk membersihkan diri di dalam bilik air di kediamannya di Jalan Jalong, Kampung Baru Simpang Jalong semalam.
Pada jam 6.40 malam, warga emas yang berumur 80 tahun itu duduk di atas kerusi untuk mandi sebelum alat sulitnya termasuk ke celah lubang kerusi tersebut. Keluarganya yang mendapat tahu tentang insiden itu kemudian segera menghubungi pihak bomba.
Sebaik mendapat panggilan, pihak bomba terus bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkannya. Anggota bomba telah menggunakan alatan khas untuk menarik bahagian lubang kerusi itu dan selepas hampir satu jam, kemaluan mangsa berjaya dikeluarkan perlahan-lahan.
Kata orang kalau dah jadi nak buat macam mana kan tapi berhati-hati lah…
Baca : Wanita Ditahan Polis Kerana Pergi ke Farmasi Memakai G-String Dengan Selamba