in

Keluarga Mangsa Kebakaran Flat Sri Johor, Cheras Bakal Terima Wang Ihsan RM1,000 – PM

ft flat sri johor cheras terbakar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kebakaran berlaku di  Flat Sri Johor, Cheras malam tadi, 8 unit kediaman di tingkat 5 musnah dijilat api. Video itu viral di media sosial malam tadi.

Lapor Berita Harian, kebakaran jam 9 malam itu dipercayai bermula di bahagian tengah blok berkenaan sebelum merebak di keseluruhan tingkat.


Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kebakaran itu berpunca daripada kebocoran gas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim turut meninjau kejadian itu.

 

Akan menerima Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga.

Menerusi laman Twitter miliknya, Datuk Seri Ismail Sabri turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

Selain Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga, beliau turut mengatakan bahawa mangsa akan Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan tengah malam tadi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.17 malam.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati semua unit kediaman itu musnah 100 peratus. Operasi pemadaman kebakaran menggunakan teknik dan jentera khas.”

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut  menyatakan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menyediakan rumah yang baharu untuk mereka pindah dan duduki.

 

Baca : “Takde adab ke?” -[VIDEO] Wanita Bengang Penghuni Flat Campak Maggi Atas Kereta

page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.