Jika anda tinggal di kawasan kampung, mesti anda tahu bahawa ada sesetengah rumah di desa yang berkongsi jalan masuk dengan rumah jiran. Lazimnya, perkara itu berlaku kerana tanah terletaknya sesebuah rumah itu berada di belakang rumah jiran dan jalan masuk pula hanya ada satu.
Jadi, atas timbang rasa jiran, pemilik rumah itu dibenarkan untuk melalui jalan rumah jiran itu untuk masuk ke rumahnya.
Namun, lain pula yang berlaku kepada sebuah keluarga di Jepara, Indonesia ini apabila mereka terpaksa membina sebuah jambatan menggunakan dana sendiri kerana akses masuk ke rumah mereka telah dihalang oleh jiran yang juga pemilik tanah.
Memetik laporan Detik.com, jambatan itu dimiliki oleh keluarga seorang lelaki yang dikenali sebagai Sunardi.
Artikel berkaitan : Gara-gara Hutang Penghuni Lama, Kereta Wanita Ini Dibakar Oleh Ah Long
Artikel berkaitan: [VIDEO] Lain Daripada Yang Lain, ‘Rider’ Terkejut Tengok Sofa & Meja Jadi Dekorasi Luar Rumah
Jambatan itu dibina setelah jalan masuk ke rumahnya ditutup oleh jiran yang juga pemilik tanah dan penutupan jalan itu menyukarkannya dan ahli keluarganya untuk masuk ke kawasanrumah mereka.
Difahamkan, jambatan besi yang dibina itu memiliki lebar 1.5 meter dan panjang 28 meter.
Dalam masa yang sama, menurut jiran Sunardi yang hanya dikenali sebagai S, dia mengakui telah menutup jalan masuk ke rumah Sunardi pada Ogos lalu namun ia hanya ditutup selama dua hari.
Menurut S, dia menutup jalan tersebut kerana jirannya itu sering menaiki motosikal dengan laju sehingga waktu tengah malam.
Jadi, difahamkan, kedua-dua pihak mengatakan bahawa isu masalah jalan itu sudah selesai kerana masing-masing mempunyai solusi yang tersendiri.
Sumber: Detik.com