in

Keluarga Cari Rumah Baharu Tanpa Pengetahuan, Shila Amzah Pilih Tak Nak Masuk Campur

Shila Amzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas beberapa hari mendiamkan diri mengenai isu penjualan banglo miliknya di Hulu Langat hingga mencetuskan perbalahan adik-beradik, penyanyi Shila Amzah tampil menyatakan tidak mahu masuk campur urusan keluarganya lagi.

Ujar Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 33, dia hanya mahu berdiam diri dan sekadar melihat dari jauh sahaja urusan perpindahan keluarganya daripada banglo tersebut.


Malah, dia difahamkan keluarganya juga telah mencari kediaman baharu tanpa pengetahuan dirinya.

Artikel berkaitan: “Saya memaafkan anda semua” – Disebabkan Fitnah, Kerja Adik Shila Amzah Di China Tergendala

Artikel berkaitan: “Siapa nak dm saya” – Sibuk Pindah Rumah, Syada Amzah Buka Tawaran Bela Kucing Miliknya

“Kali ini saya tidak uruskan, mereka pilih sendiri. Saya tidak uruskan sebab masalah ini sudah terlalu besar, jadi saya ambil langkah berdiam diri.

“Saya lepas tangan. Kalau ada masalah nanti dan mereka minta tolong… tengoklah bagaimana,” katanya di live Instagaram.

Menurut Shila, hasratnya untuk menjual rumah banglo itu masih diteruskan dan hanya menunggu masa kediaman yang pernah meninggalkan banyak kenangan pahit itu dikosongkan.

“Sudah ramai tanya nak beli rumah itu. Tapi biarlah tunggu kosong dahulu, sekarang masih ada orang dalam rumah itu.

“Apabila sudah kosong barulah senang untuk orang datang tengok. Tapi setahu saya, mereka sudah tidak lagi duduk di situ. Cuma saya belum tahu mereka sudah pindah secara rasmi atau belum,” katanya.

Baru-baru ini, adik perempuannya, Syada ada memuat naik hantaran di Instagram membuka tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk adopt kucing miliknya.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.