Memang tak dapat dinafikan, pemergian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu memberi impak yang sangat besar kepada orang ramai termasuklah keluarga dan rakan selebriti.
Sebelum ini, seperti yang ramai tahu, pernah tular di media sosial tentang wanita yang memiliki wajah seiras dengan arwah dikenali sebagai Emy. Disebabkan itu, keluarga membuat kejutan sempena hari lahir ayah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah.
Perkongsian video yang dibuat oleh ibu tiri Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi menerusi akaun Instagramnya @suciuwais, memaparkan reaksi Raisuddin yang tergamam dan terdiam sebaik saja berjumpa dengan Emy.
https://www.instagram.com/p/CeNbX8EpX3l/
“Dah lama teringin nak jumpa”
Dari penulisan kapsyen Siti Fatimah atau lebih mesra dipanggil sebagai Makder ini, dia berkata bahawa suaminya memang dah lama teringin untuk bersua dengan Emy selepas ramai yang mengatakan wajahnya mirip Siti Sarah.
“Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing2 sibuk.’ – Tulis Makder
Turut mencuri tumpuan dari video itu apabila anak sulung Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni yang tak lepas memandang Emy berkali-kali untuk mendapatkan kepastian sehingga menyebabkan netizen sayu melihat situasi itu.
Emy meluangkan masa bersama keluarga arwah Siti Sarah sepanjang sambutan hari lahir itu dan Raisuddin juga dilihatkan turut berkongsikan beberapa gambar lama dan bercerita tentang Allahyarham kepada Emy.
Allahyarhamah meninggalkan suami iaitu Shuib bersama empat orang anaknya, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Matin dan juga Ayash Affan.
Macam tak percaya dah 10 bulan arwah pergi… Al-fatihah…