Pelakon terkenal, Uqasha Senrose meluahkan rasa bengang dengan sikap toksik bekas pekerjanya, malah dia juga kecewa kerana telah mengambil individu tersebut bekerja dengannya biarpun sudah ‘dibuang’ oleh individu lain kerana sikap buruk tersebut. Malah layanan yang diberikan kepada individu tersebut juga sangatlah elok sebelum ini.
Menerusi Instagram Story miliknya, Uqasha menjelaskan dia siap beri keizinan kepada bekas stafnya itu untuk tinggal di rumahnya, bahkan siap berikan gaji tetap biarpun Uqasha tiada tawaran berlakon. Jelas Uqasha lagi, tahap kesabarannya sudah sampai ke penghujung apabila individu itu kerap membuka aib dan memfitnah dirinya.
Artikel berkaitan : Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Timang Anak Sulung
Artikel berkaitan : “Tak perlu kot mulut tu memandai” – Uqasha Senrose Jawab Tuduhan Bergambar Terlalu Rapat Dengan UAI
Bengang dengan bekas pekerjanya itu, Uqasha mendedahkan sikap buruk individu tersebut yang suka berhutang dan pinjam duit orang ramai. Uqasha menjelaskan bahawa dia sebelum ini pernah menasihati individu tersebut agar jaga adab dan tingkah lakunya, tetapi ia umpama mencurah air ke daun keladi.
Malah, Uqasha juga mendedahkan sikap buruk bekas pekerjanya itu yang tidak menghormati privasinya di mana individu tersebut masuk ke biliknya dan ambil barang peribadi miliknya itu.
Uqasha menjelaskan dia mula rasa tidak selesa apabila bekas pekerja itu masuk ke rumahnya sesuka hati dan menerusi perbualan di WhatsApp, bekas pekerja ini memberikan bermacam-macam alasan. Malah Uqasha juga menjelaskan yang individu tersebut selongkar barang peribadinya.
Dalam pada itu, Uqasha turut mendedahkan perbualan individu tersebut bersama bekas majikannya untuk berhutang, malah ahli keluarga Uqasha sendiri juga pernah jadi mangsa.
Dalam mesej selanjutnya, Uqasha menunjukkan mesej perbualan dia memarahi individu tersebut kerana mulut puaka bekas pekerjanya itu yang telah membuatkan keluarga Uqasha jadi porak peranda.
Inilah yang dinamakan umpama beri susu dibalas tuba. Harap Uqasha tabah dengan dugaan.
Sumber : Instagram