Lepas sebulan kita menyambut Syawal, ingatkan tak adalah lagi video-video sedih jumpa kat Internet.
Kejutan buat mak ayah
Tapi video milik seorang lelaki bernama Muhammad Fathurrahman bin Abdul Rahim membuatkan ramai orang menitiskan air mata.
Dalam video berdurasi 1 minit 14 saat itu, Fathur dilihat perlahan-lahan berjalan ke sebuah kedai makan dan menghampiri sebuah keluarga.
https://twitter.com/EmfaGrow/status/1146962835903152128?s=19
Terkejut anak tiba-tiba depan mata
Boleh nampaklah betapa terkejutnya si ibu bila nampak anak tersayang depan mata.
Daripada video itu, ayahnya dilihat terus memeluk Fathur sambil mencium-cium pipi anak kesayangan sambil si ibu mengesat air mata di pipi.


Adik-adiknya pula macam blur dan terkejut sebelum mereka mula excited selepas itu.
“We all nangis sebab I tak raya at home haritu sebab ada exam..”
Menurut Fathur yang sedang menyambung pengajiannya di United Kingdom di bawah tajaan Petronas, ibubapanya tak tahu dia akan pulang ke Malaysia.
Fathur inform ibubapanya yang dia akan membuat internship dan kerja-kerja volunteering untuk beberapa bulan.

Lagipun sepanjang bulan Syawal katanya ada exam di universiti.
Dia memberitahu perkara ini telah dirancang lebih awal bersama adiknya sejak bulan Mac.

Patutlah mak ayah terkejut bukan main lagi. Ingatkan lama lagi nak berjumpa!
“Jarang tengok ayah kiss anak”
Terharu dengan video dikongsikan Fathur, ramai juga netizen yang tak tahan tengok reaksi mereka sekeluarga.





Walaupun adik-beradik seramai 7 orang lelaki, itu tak bermakna dia lupakan keluarga dan ego untuk berpeluk cium melepaskan rindu kepada orang tua.
Korang yang tinggal dekat dengan mak ayah tu dah pergi jenguk ke belum?
Baca: “Weh, I’m crying!” – Terkejut Bukan Main Lagi Ibu Bila Anak Tiba-Tiba..