in

Keliling Penuh Jalan Raya, Netizen Risau Lihat Keadaan Stesen MRT Tak Ada Laluan Pejalan Kaki

page mrt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita sedia maklum, pengangkutan awam sememangnya dapat membantu ramai pengguna untuk ke destinasi yang mereka ingin pergi kerana dapat menjimatkan masa serta mudah untuk ke mana-mana.

Selain KTM, LRT, ERL dan juga monorel, boleh dikatakan kemudahan MRT turut menjadi pilihan orang awam untuk dinaiki, tambah pula Fasa 1 laluan MRT Putrajaya juga telah beroperasi secara rasmi sejak 16 Jun lalu.


Walau bagaimanapun, dalam kegembiraan pengguna dengan prasana yang disediakan itu, ada juga yang turut meluahkan rasa bimbang mereka apabila sesetengah stesen MRT tidak mempunyai laluan pejalan kaki.

Kerisauan itu diluahkan di Twitter apabila seorang individu mengatakan bahawa tiada laluan pejalan kaki yang disediakan untuk pengguna melintas jalan. Keadaan ini lebih membimbangkan sekiranya melibatkan kanak-kanak dan juga warga emas.

“Memang ada tangga dan eskalator, tapi…”

Di bahagian thread lelaki ini, dia mengatakan fasiliti dari platform tren untuk ke bahagian utama stesen MRT sememangnya tangga, lif dan juga eskalator telah disediakan namun apa yang menjadi perdebatan adalah ketiadaan laluan pejalan kaki yang selamat di sekitar stesen tersebut.

“Kawasan penuh jalan tapi langsung tak ada laluan pejalan kaki yang bolehkan orang ramai melintas dengan selamat” – Ujar lelaki ini

tweet 1 3

Malah, tweet tersebut telah mendapat maklum balas dari pihak RapidKL sendiri dengan mengatakan bahawa stesen MRT itu memang dibina dengan cara yang begitu namun mereka turut akan menyuarakan cadangan kepada pihak atasan.

tweet

Rata-rata memang mengharapkan supaya cadangan mengadakan laluan pejalan kaki dikuatkuasakan segera kerana ianya dapat menjamin keselamatan pengguna di jalan raya yang sibuk.

Ada yang dah cuba ke naik MRT laluan Putrajaya? Min dah try dah hari tu. Hehehe… 

Baca: [TERKINI] PM Umum Tambang Percuma Untuk MRT & LRT Selama Sebulan!

untitled 1 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.