in

‘Kelibat’ Melintas Jadi ‘Clue’ Polis Jumpa Mayat Wanita Reput?

kelibat clue mayat reput

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa memandu, kita perlu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan dan juga kawasan sekeliling. Bila ada ‘benda’ yang tiba-tiba lintas di depan kita, mesti kita terkejut dan mungkin akan terbabas kalau kita cuba mengelak.

Perkara itu yang terjadi kepada seorang anggota tentera yang sedang memandu bersendirian pada jam 5 pagi di Ipoh. Ketika itu, dia cuba mengelak suatu ‘kelibat’ yang didakwa melintas di hadapan keretanya sebelum terbabas ke dalam longkang di kiri jalan.


Screenshot 2022 10 13 165053

Nasib menyebelahi dirinya apabila dia hanya cedera ringan. Namun, apa yang memeranjatkan pihak polis adalah, mereka menjumpai mayat yang dipercayai seorang perempuan yang telah reput kira-kira 3 meter dari kawasan kemalangan.

Mayat tersebut dijumpai pada jam 5:30 pagi apabila anggota polis yang tiba di tempat kejadian terhidu bau busuk sebelum menjumpai mayat reput berhampiran kenderaan itu.

Maklumat penemuan itu dilaporkan kepada Balai Polis Tambun berhampiran dan mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat, lapor berita harian.

Screenshot 2022 10 13 165307

Menurut laporan berasingan, hasil bedah siasat kepada mayat reput itu menunjukkan punca kematian adalah akibat dicekik. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kes ini akan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Screenshot 2022 10 13 170142

“Pihak polis sedang menyiasat kes ini daripada pelbagai sudut yang mana identiti mangsa dipercayai seorang perempuan berusia 23 tahun berdasarkan lambang tatu di lengan dan jari tangan, manakala telefon bimbit yang dijumpai di tempat kejadian juga disahkan milik mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini untuk menghubungi pihak berkuasa dengan segera.

Jangan la kita membuat spekulasi sendiri tentang apa yang terjadi, yang paling penting adalah mangsa kemalangan telah selamat dan mayat telah dijumpai oleh pihak berkuasa.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.