Umum tahu bahawa rakyat Malaysia ni hidup berbilang kaum dengan pelbagai latar belakang dalam keluarga masing-masing. Jadinya akan terdapat kepelbagaian bahasa kita dengar, dan paling senang kita nak tahu dari slang seseorang tu bila bercakap.
Kalau kita nak bercakap dengan orang berlainan bangsa, mesti akan gunakan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Tapi macam seorang makcik ni, dia boleh ‘tapau’ bahasa Tamil dan Kantonis bila berborak.
Cakap kantonis borak dengan jiran bangsa Cina
Baru-baru ni, gelagat seorang wanita ini yang fasih berbahasa Kantonis bila berborak dengan jirannya sendiri menarik perhatian ramai.
Menerusi rakaman dikongsi oleh @Cik.Mayaaaa, dia menunjukkan ibunya yang cukup sporting berborak dengan jirannya berbangsa Cina.
Paling menakjubkan, apabila ibunya itu begitu santai berborak dalam bahasa Kantonis dan caranya menunjukkan yang dia betul-betul fasih bila berbahasa sebegitu.
@maiyahrahim_ Reply to @kingmrboyboy
Power juga cakap Tamil
Bukan itu saja, menurut Maya sewaktu mereka nak menaiki motosikal untuk pergi ke suatu tempat, ibunya juga sempat lagi menegur jirannya berbangsa India di seberang jalan.
Apa yang buat min terkejut tu, makcik ni juga betul fasih berborak dalam bahasa Tamil dengan jirannya.
Mungkin topik yang digosipkan masa tu sangat penting, jadinya mereka jadi khusyuk berborak sampai makcik tersebut berdiri dengan agak lama.
Disebabkan uniknya makcik tersebut, perkongsian video itu telah meraih lebih dari 1 juta views di TikTok.
https://www.tiktok.com/@maiyahrahim_/video/6998017648982330651?_d=secCgYIASAHKAESMgowYyOx%2BMnLyxns526Y%2BI7amRPa2CptW4T2eUIRaQ42C%2FMg4ijZDT5R9KymBBe7vrSrGgA%3D&checksum=f207641005552bef3be0b8560a18d4d9c8f83ac26f9fae46c57287f6e0e83c46&language=en&mid=6997986530019068698&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAGbG0k3d5F0xKUGVHy8ujhtXNC-q4FrRH7mqmT9qM3CbafH6YLhDZo5VbMZR08BLo&share_app_id=1180&share_item_id=6997986532430744858&share_link_id=8fcb3829-97c2-43db-ab80-ad70fff7a8b6&source=h5_t×tamp=1629436994&u_code=dh253fh6444h26&user_id=6927140709510251521&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Ini baru nama 1 Malaysia”
Di ruangan komen, nyata aksi wanita tersebut menjadi perhatian warganet sebab rata-rata terpegun dengan kebolehannya itu. Ada netizen mengatakan yang bukan saja fasih, tapi caranya pun betul-betul ikut macam orang India atau Cina tengah bercakap. Selain tu, ada juga memuji dan mengatakan ini contoh perpaduan rakyat Malaysia yang sebenar.
Perghh seriously power makcik! Siapa terer macam makcik ni? Setakat tahu satu,dua tiga min tak terima okay.