in

Kejam! Mak Biarkan Suami ‘Binatang’ Rogol Anak 12 Tahun Sampai Mengandung Tiga Kali

Collage 41

Bila kita dah jadi ibu, secara automatiknya kita sentiasa rasa nak lindungi anak kita dari bahaya. Kalau boleh, nyamuk pun kita tak bagi gigit anak.

Namun bagi ibu dari UK ni lain pula, dia dilabel sebagai ‘ibu jahat’ oleh hakim mahkamah kerana tak nak mendengar aduan anaknya yang mengadu dirogol suaminya.

Menurut Mirror, semalam, ibu berusia 44 tahun ini tak dapat mengawal tangisannya apabila dia dipenjarakan kerana membiarkan suaminya merogol dan buat anaknya mengandung sebanyak tiga kali ketika dia berusia 12 tahun.

“Khianati anak sendiri”

0 Pay Profile Of A Girl With A Ponytail Sitting Hands Covering Her Face Silhouette
Gambar hiasan

Hakim mahkamah, Francis Sheridan memberitahu ibu ini untuk membawa rasa bersalahnya hingga ke dalam kubur.

“Sekarang adalah masa untuk seseorang cakap dekat awak – dan saya akan jadi orang tu: Awak adalah seorang mak yang jahat. Bila anak awak mengadu, awak tak layan aduannya.

“Awak akan bawa rasa bersalah ni hingga ke kubur. Awak khianati anak awak dengan menyokong perbuatan suami sendiri.”

Kalau korang nak tahu, bapa tiri ini mula melakukan penderaan seksual sejak usia mangsa 10 tahun lagi. Ia bermula sejak mereka pergi bercuti ke Southport dan bersambung sampai ke rumah hingga mangsa berusia 16 tahun.

Tak cukup dengan tu, budak malang ini pernah ditinggalkan bersendirian dengan adik bapa tirinya yang mempunyai masalah mental hingga dia dirogol.

Namun apabila bapa tirinya dapat tahu tentang hal ini, dia tetap biarkan adiknya untuk datang melawat keluarganya.

Pernah sekali, bapa tiri ini merogol remaja ini ketika mereka sedang menonton bola di TV, dan ibunya menjerit dari bawah tanya apa yang mereka tengah buat di atas.

Bila bapa tiri ini menjerit “tak ada apa-apa”, ibunya diam dan tak beri apa-apa reaksi dan budak itu berkata dia tahu ibunya sedar tentang apa yang berlaku.

Mengandung tiga kali

Teen Mom Young Pregnant Ftr
Gambar hiasan

Pihak pendakwa raya, Angus Robertson berkata ketika budak ini berusia 12 tahun dia pernah mengandung selepas dirogol beberapa kali oleh bapa tirinya.

“Ketika dia berusia 12 tahun, dia dapat tahu dia mengandung. Dia gugurkan kandungan itu walaupun dia tak nak kerana bapa tirinya memberitahu ibunya kalau budak itu tak gugurkan kandungan, dia akan ceraikan isterinya. Takut orang check DNA kot.

“Ibu budak ini berkeras mengatakan lelaki lain yang mengandungkan anaknya. Selepas kandungan digugurkan, bapa tiri ini meneruskan perbuatan jijiknya hingga budak ini mengandung semula bila dia berusia 13 tahun dan sekali lagi selepas itu. Semua kandungannya digugurkan.”

Hakim Francis berkata bapa tiri ini melayan anak tirinya seperti objek dan hanya gunakan dia bila perlu.

“Awak layan anak tiri macam objek. Kalau awak nak hubungan seksual, dia perlu berikan dan awak tahu budak ini takut nak cakap apa-apa. Tapi, bila dia mengadu, tak ada orang layan.”

Ibu budak ini sedar dengan penderaan yang berlaku terhadap anaknya sejak dia berusia 12 tahun tapi dia tak nak percaya anaknya dan tak buat apa-apa tindakan untuk melindungi anaknya.

Lepas beberapa tahun, baru anak ini dapat keberanian untuk buat laporan polis. Tapi, ibu dan bapa tirinya menafikan semua pertuduhan.

Korang semua tak payah risau sebab bapa tiri ni telah diberikan hukuman penjara selama 20 tahun manakala ibu remaja ini diberikan hukuman penjara tiga tahun.

Pada awalnya, hakim ni nak berikan penjara empat tahun kepada ibu ini, tapi anaknya meminta supaya hukuman ibunya diringankan. Haih, tengoklah tu anak dia still kesian dekat mak dia.

“Dia cakap, kadang-kadang awak boleh jadi ibu yang baik walaubagaimana pun, dia dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan awak lagi.”

Hakim menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan memberikan perintah larangan untuk menghubungi anaknya atau cucu-cucunya serta-merta.

Memang patutlah mak macam ni tak payah dah nak jumpa anak lagi. Ha, sekarang ni hiduplah sorang-sorang. Suami tak dapat anak pun tak ada. 

 

Baca: “Gobloknya gak ketulungan” – Isteri Bantu Suami Rogol Dua Anak Kandung Selama 7 Tahun Sebab Tak Nak Suami Masuk Penjara

Screenshot 2019 05 29 At 10.36.58 Am