in

KEJAM! Ini 5 Pembunuh Bersiri Lelaki Paling Digeruni Di Dunia

Collage 1 1

Untuk pengetahuan korang, pembunuh bersiri adalah seseorang yang telah membunuh seramai sekurang-kurangnya dua mangsa pada waktu dan keadaan yang berbeza.

Setiap pembunuh bersiri ada cara-cara tersendiri yang membuatkan dorang mempunyai identiti unik yang tersendiri. Tapi yang pastinya, dorang ni semua sama KEJAM!

Jom baca pasal pembunuh bersiri lelaki yang paling digeruni di dunia.

5 Pembunuh Bersiri Lelaki Paling Digeruni Di Dunia

1. John Wayne Gacy (The Killer Clown)

B25Ly21Zojlkzjg1Mzq0Ltu1Mjctndg3Zi04Njk2Lty4Mmrim2E0Mjy3Yzpizwi4Zdiwns05Nze2Ltqwymutogm1Ni00Ogmwytk2Mjhlmwi

John Wayne Gacy merupakan pesalah seks dan pembunuh bersiri yang sering membuat persembahan di hospital kanak-kanak dan parti kanak-kanak sebagai badut.

Dikenali dengan panggilan Pogo Si Badut, Gacy sering mencari mangsa kanak-kanak lelaki dengan menculik sebelum membunuh mangsa-mangsanya dengan kejam dan merogol mereka.

Pada tahun 1978, Gacy mula mencuri perhatian pihak polis apabila seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan hilang dan dilihat kali terakhir bersama Gacy.

Pihak polis telah menyerbu rumah Gacy dan menemui 29 mayat kanak-kanak yang sedang reput. Gary kemudiannya dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh 33 mangsa.

2. Dr Harold Shipman (Dr. Death)

0 Shipman Collects

Dr Harold Shipman adalah merupakan seorang ahli fizik British yang dikenali sebagai Dr Death selepas dia ditahan kerana membunuh lebih dari 200 orang.

Untuk pengetahuan korang, Dr Harold ni mempunyai kehidupan normal di mana dia merupakan seorang suami dan mempunyai tiga orang anak. Memang orang tak suspeklah yang dia dah bunuh ramai orang.

Sepanjang kerjayanya, Harold tak pernah rapat dengan mana-mana rakan sekerjanya kerana dorang tak suka dengan perangainya yang terlalu over confident dan sombong.

Ketika Harold menjadi doktor junior, dia telah membunuh seramai 71 pesakit dan biasanya mangsa yang dipilih adalah wanita warga emas. Pun begitu, dia tetap membunuh ramai lelaki.

Apabila dia mula menjadi pengamal perubatan angka pembunuhannya juga turut berganda di mana dia telah membunuh seramai 215 pesakit.

Perbuatan Harold terbongkar apabila anak mangsa terakhirnya, Kathleen Grundy telah menolak untuk membakar mayat ibunya dan mendakwa doktor ini telah membunuh ibunya dan cuba untuk mengubah wasiat.

Bedah siasat menunjukkan Harold telah menyuntik heroin hingga menyebabkan kematian mangsanya itu. Lelaki ini kemudiannya ditangkap dan dihukum penjara seumur hidup.

Pada Januari 2004, Harold ditemui telah membunuh diri di dalam penjara dan tidak pernah mengaku bersalah sehingga ke akhir hayatnya.

3. Jack The Ripper

Jacktheripper1888

Pada tahun 1888, seorang pembunuh tak dikenali telah menghantui bandar Whitechapel di London dan mangsa utamanya adalah pelacur.

Lelaki ini akan memancing pelacur di sana untuk bersamanya dan membunuh mangsanya dengan kejam. Dia telah digelar Jack The Ripper kerana mayat yang telah dibunuh akan dipotong dan dibiarkan di atas jalan.

Kekecohan mula berlaku bila lima mayat yang telah dipotong dan dicacatkan ditemui hingga polis boleh dilihat di setiap penjuru bandar untuk mencari pembunuh tersebut. Selain itu, Jack The Ripper turut menghantar surat ke pihak polis menceritakan bagaimana dia menjerat dan membunuh mangsa-mangsanya.

The Ripper membunuh mangsa terakhirnya pada bulan September sebelum tiba-tiba menghilangkan diri.

Untuk pengetahuan korang, Jack telah membunuh sekurang-kurangnya 100 orang dalam tempoh enam bulan dan sehingga hari ini pembunuh sebenar masih tak ditemui.

Bagaimanapun, ramai menganggap pembunuh ini merupakan seorang tukang sembelih atau pakar bedah kerana dia tahu di mana dia patut potong mayat mangsa-mangsanya.

4. Theodore Robert Bundy (Ted Bundy)

Ted Bundy Girlfriend Tout Lede.jpg

Ted Bundy merupakan pembunuh bersiri terkenal dan masih disebut-sebut sehingga hari ini. Hubungannya dengan bapa tiri yang tegang dan sifat pemalunya telah membuatkan Ted menjadi sasaran pembuli di sekolah.

Bagaimanapun, apabila dia mula memasuki kolej, Ted telah menggunakan skil sosial dan kepintarannya untuk menjadi orang yang berjaya serta menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita.

Walaupun mempunyai kehidupan yang normal dan stabil di kolej, Ted telah merogol dan membunuh beberapa gadis. Dia akan membawa gadis-gadis yang dipikatnya ke tempat yang tersorok sebelum memukul dorang sampai mati atau mencekik mangsanya di rumah mereka sendiri.

Dari tahun 1964 dan 1978, Ted dijangka telah membunuh beratus-ratus gadis namun hanya mengaku membunuh 28 mangsa.

Ted kemudiannya telah diberikan hukuman mati pada tahun 1979 atas kesalahan membunuh dua pelajar kolej dan dijatuhkan hukuman mati sekali lagi pada tahun berikutnya kerana merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Ted dihukum mati menggunakan kerusi elektrik pada tahun 1989.

5. Jeffrey Lionel Dahmer (The Milwaukee Monster)

8Ae446D2 2F9F 48F5 A373 1D4D5C5Bc2B8 Jeffrey Dahmer From Mind Of A Monster On Id.jpg

Jeffrey Lionel Dahmer dibesarkan oleh keluarga normal dan mempunyai zaman kanak-kanak yang bagus. Pun begitu, lelaki ini tetap menjadi pembunuh bersiri yang kejam.

Dikenali sebagai Milwaukee Monster, Jeffrey telah cuba untuk memancing lelaki dengan arak dan duit sebelum membunuh mangsa-mangsanya dengan kejam, memotong mayat mangsanya serta menyuntik asid ke dalam otak mereka bagi membiarkan mangsanya menjadi seperti zombi.

Jeffrey turut menyimpan beberapa bahagian yang dikerat dari mayat mangsa-mangsanya untuk dijadikan koleksi.

Aku nak simpan dorang selama yang boleh walaupun hanya sebahagian dari mereka.”

Mangsa-mangsa Jefrey seramai 17 orang biasanya terdiri daripada lelaki yang bukan berkulit putih.

Pada tahun 1991, salah seorang mangsa Jeffrey terlepas dan telah menelefon polis. Pihak polis telah menangkap dan mendakwa lelaki ini atas kesalahan membunuh dan dia telah dijatuhkan hukuman penjara 900 tahun.

Namun, pada tahun 1994, banduan yang duduk bersama di dalam sel penjara Jeffrey telah membunuh lelaki ini kerana jijik dengannya.

 

Baca: “Banyak guna racun” – Ini 7 Pembunuh Bersiri Wanita Paling Terkenal Di Dunia

Collage 45