Sampai hati seorang ibu membiarkan anaknya terseksa sakit dan menyembunyikannya daripada dibawa ke hospital.
Rendam anak dalam air panas
Lisa Simmons, 41, dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun atas kekejamannya merendam anaknya di dalam air panas.
Dia melakukan seksaan itu ke atas Zayanna selepas merendam bayi itu di dalam air panas pada suhu 50 darjah Celcius di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat.

Menurut laporan Fox6, panggilan kecemasan 911 dibuat oleh Simmons yang mendakwa anaknya tak bernafas, kaki kaku dan badannya telah menjadi biru.
Sebaik pasukan panggilan kecemasan tiba, anaknya didapati sudah tak lagi bernyawa.
Rendam dalam air panas sekurang-kurangnya selama 10 minit
Laporan polis menyebut Simmons pada asalnya berkata anaknya menghidapi penyakit tangan, kuku dan mulut.
Tapi pihak perubatan mendapati ada kesan melecur di badan Zayanna.

Pakar perubatan menganggarkan kanak-kanak itu telah direndam selama 10 minit berdasarkan kesan lecuran pada badan.
Meronta-ronta sakit tapi ibu tak endahkan
Selepas disoal semula, barulah Simmons membuat pengakuan bahawa Zayanna telah terkena air panas semasa dimandikan dua hari sebelum itu.

Tapi katanya, ia cuma selama seminit selepas sedar air itu terlalu panas.
Zayanna menangis meronta-ronta kesakitan tapi langsung tak diendahkan ibunya.

Kanak-kanak malang yang baru berusia dua tahun itu mati dua hari selepas kejadian berlaku kerana lambat menerima rawatan perubatan.