Lapan lelaki termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan polis di Terengganu selepas disyaki terbabit dalam satu kes pergaduhan.
Menurut laporan Sinar Harian, insiden pergaduhan itu tular selepas disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial pada Jumaat lalu.
Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 40 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: “Pelanggan tiada adab” – Warganet Menyirap Tengok Lelaki Lempar Barang Ke Kepala Cashier
Artikel berkaitan : Polis Siasat Kejadian 5 Wanita Bergaduh Di Sebuah Taman Perumahan
Difahamkan, kejadian pergaduhan tersebut telah terjadi di depan sebuah rumah di Jerteh sekitar jam 11 malam.
Dalam kejadian berkenaan, sekumpulan lelaki didakwa telah memukul seorang lelaki yang ketika itu membuat siaran live.

Mangsa yang dipukul itu difahamkan telah ke rumah suspek ketika itu untuk berbincang kerana mereka difahamkan mempunyai masalah yang menyebabkan salah faham antara mereka.
Namun, menurut suspek, suspek telah meminta mangsa untuk masuk ke dalam kawasan rumah namun mangsa enggan berbuat demikian.
Susulan itu berlaku kekecohan sehingga menyebabkan pertengkaran antara mereka.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melibatkan aktiviti merusuh.
Sumber: Sinar Harian
