in

“Kejadian normal setiap tahun” – Tular Fenomena Aphelion, Ini 4 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Aphelion Bumi Jauh Dari Matahari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di aplikasi WhatsApp mesej berantai mengenai satu fenomena yang dipanggil Aphelion sedang berlaku ke atas Bumi.

Menurut mesej berkenaan, Bumi berada dalam jarak yang sangat jauh dari Matahari yang mana kejadian ini akan berlangsung hingga bulan Ogos dan akan memberi kesan hebat kepada cuaca Bumi.


Bumi katanya akan mengalami cuaca dingin hingga menyebabkan penduduknya mengalami gejala selsema, batuk, sesak nafas dan sebagainya.

Tapi benarkah apa yang dikatakan mesej berantai tersebut mengenai Aphelion ini? Berikut 4 perkara yang korang kena tahu mengenai fenomena tersebut. 

 

1. Apa itu Aphelion?

Menurut Britanica, Aphelion dari sudut astronomi bermaksud orbit sesebuah planet, comet atau perkara lain yang mana jaraknya terjauh dari Matahari. Dalam isu ini, aphelion berlaku apabila bumi berada pada titik yang paling jauh dari Matahari.

2703741261

Personaliti media sosial dan juga penulis, Zamer Mohyedin berkongsi di Twitter, tak ramai yang tahu sebenarnya kedudukan Matahari tidak betul-betul berada di kedudukan pusat dalam orbit Bumi.

Ini bermakna ada hari Bumi akan pada kedudukan maksimum (aphelion) dari Matahari dan ada hari pula ia akan berada pada kedudukan minimum (perihelion) dari Matahari. Ia juga dikatakan sebagai kejadian normal setiap tahun.

 

2. Kita belum pada kedudukan aphelion

Menurut Zamir lagi, Bumi kini bukan pada kedudukan aphelion kerana kita baru melepasi kedudukan perihelion pada 4 Januari lalu. Aphelion katanya akan berlaku pada awal bulan Julai nanti.

Flpealbvkag6Dp0

 

3. Aphelion sejuk? Perihelion panas? 

Dakwaan yang mengatakan bahawa cuaca bumi akan berubah jadi sejuk akibat dari fenomena ini ternyata salah kerana menurut perkongsian Twitter Majalah Sains, perbezaan tenaga suria yang dipancarkan oleh Matahari ke Bumi (solar constant) tidaklah terlalu ketara semasa perihelion mahupun aphelion.

Secara amnya juga cuaca di negara kita dipengaruhi oleh kitaran angin Madden-Julian (MJO), monsun dan El Nino – Ayunan Selatan (ENSO).

 

4. Belum ada kajian kesan aphelion & perihelion kepada manusia

Menerusi satu perkongsian di Facebook, individu yang membincangkan mengenai isu ini juga mengatakan masih belum ada kajian saintifik yang mengaitkan kesan aphelion/perihelion terhadap kesihatan manusia.

Malah intipati mesej yang tular di WhatsApp berkenaan sangat bercanggah dengan link artikel yang diberikan.

https://www.facebook.com/omen.necrofis/posts/5788748707819459

 

Jadi sebelum tularkan apa-apa mesej di WhatsApp, pastikan korang check dulu sama ada informasi yang dikongsikan ini benar atau tidak. Tak pasti jangan kongsi! 

Baca: “Luar biasa!” – Fenomena ‘Langit Terbelah’ Di Serata Jepun Raih Perhatian Netizen

Terbelah

Sumber: Grid
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.