Semalam, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah telah mengesahkan rangka yang ditemui dalam rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah adalah milik Bella atau nama sebenarnya, Mira Sharmila Samsusah, 32.
Perkara ini juga dimaklumkan oleh kakaknya, Norhisham Samsusah, 32, di Facebook yang meluahkan rasa sedih akan pemergiaan adiknya itu.
Artikel berkenaan: Dikaitkan Dengan Penemuan Rangka Di Rumah Kosong, Ini Kronologi Kes Kehilangan Bella
Artikel berkenaan: Kes Bunuh Penyanyi Di Klang, Pengadu Sempat Rakam Kejadian Ketika ‘Call’ Polis
“Selamat Tinggal Bella”
Menerusi perkongsian itu juga, kakaknya memaklumkan bahawa jenazah adiknya akan dituntut di Hospital Sultan Ibrahim (HSI) Johor Bahru pada pagi ini dan akan dibawa ke Batu Pahat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Banang.
Jenazah Bella pula akan disembahyangkan di Masjid Dato Bentara. Kakak mangsa juga mengajak para kenalan, sahabat dan warga Batu Pahat untuk bersama-sama solatkan jenazah buat kali terakhir.
Saya tahu tanpa doa, usaha dan ikhtiar dari semua takkan saya dapat jumpa Bella.
“Selamat Tinggal Bella, aku sayang sangat kau. Aku akan tuntut keadilan atas pemergiaan ko ni. Sepatutnya kita masih bersama-sama kan,” tulisnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai komen daripada netizen yang juga turut bersimpati dengan apa yang terjadi. Ramai yang mendoakan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.
Dalam pada itu, tiga suspek yang mempunyai kaitan dengan penemuan rangka Bella yang hilang sejak 14 Disember lalu, akan didakwa di mahkamah hari ini.
Semoga keadilan dapat ditegakkan untuk kes ini.
Sumber: Sinar Harian, Facebook