in

Kedutaan Ukraine Terpaksa ‘Deactivate’ FB Lepas Diserang ‘Geng Bawang’ Malaysia

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontroversi berhubung pingat emas yang direntap selepas atlet paralimpik Ziyad Zolkefli dikatakan lewat melaporkan diri ke bilik menunggu sebelum acara bermula terus menjadi buah mulut di media sosial.


Protes yang dibuat oleh Ukraine ini ternyata telah menimbulkan kemarahan dan kekesalan ramai pihak. Malah, media sosial Ukraine dan atlet Ukraine yang berjaya merampas pingat tersebut turut diserang netizen Malaysia.

Bukan itu sahaja, Facebook milik kedutaan Ukraine di Malaysia turut diserang oleh netizen sehingga mereka terpaksa menutup sementara laman rasmi tersebut.

Screenshot 2021 09 01 At 1.40.12 Pm

Menerusi Twitter, Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo sempat memberikan kenyataannya mengenai kontroversi tersebut. Katanya terdapat beberapa persoalan tentang keputusan jawatankuasa penganjur hingga mengakibatkan keputusan itu.

Namun, Olexander berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera dan sempat mengucapkan tahniah kepada Ziyad atas prestasinya yang luar biasa ketika bertanding semalam.

Ziyad kekal juara sebenar dalam hati ramai orang, bukan hanya rakyat Malaysia.”

Untuk pengetahuan korang, selain Ziyad, dua lagi atlet dari Australia dan Ecuardo juga telah dibatalkan penyertaan dengan status Did Not Start (DNS) atas sebab yang sama.

 

Baca: [VIDEO] “Weh Ukraine, mak kau hijau!” – Dato Hattan ‘Monyirap’ Ukraine Rampas Emas Ziyad

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.