in

Kedai Perabot Berhampiran LDP Hangus Terbakar

Kedai Perabot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah gedung perabot berhampiran Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) telah hangus dijilat api. Kedai perabot yang terletak di Petaling Jaya musnah dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 malam semalam.

Screenshot 2024 10 05 At 10.47.17 Am

Memetik laporan Bernama, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, premis berkeluasan 2,000 kaki persegi itu musnah sebanyak 90% selepas api berjaya dipadam oleh pihak bomba.


Artikel berkaitan: Flight Berasap, Penerbangan Firefly Ke Penang Terpaksa Berpatah Balik Ke Subang Airport

Artikel berkaitan: “Saya selamat, tapi kawan-kawan saya…” – Mangsa Selamat Bas Terbakar Menangis Teresak-esak Dipeluk Ibu

Usaha pemadaman api telah melibatkan 6 balai bomba dari kawasan berdekatan iaitu dari Petaling Jaya, Damansara, Penchala, Puchong, Subang Jaya dan Serdang.

Video kejadian oleh @redzuanNewsMPB itu boleh dilihat di bawah.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.