in

Kedai Makan Pasang ‘Banner’ Larang Pelanggan 18 Tahun Ke Atas Panggil Pemilik ‘Auntie’, Kalau Tak Ikut…

Auntie Banner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesetengah orang, usia bukanlah satu isu dan mereka tiada masalah kalau ada orang yang tersalah panggil mereka dengan panggilan yang tidak sesuai dengan umur.

Pun begitu, ada juga mereka yang mengambil isu umur ni sebagai perkara serius dan penggunaan panggilan yang sesuai perlulah digunakan. Korang pulak jatuh kategori yang mana satu?


Bercakap pasal isu umur ni, min nak kongsikan tentang satu kedai makan di Taiwan ini yang memasang satu banner yang melarang pelanggan berusia 18 tahun ke atas daripada memanggil pemilik kedai dengan gelaran ‘Auntie’.

Taiwan Sign Cannot Call Auntie E1656127436150

Memetik laporan Mothership, banner terbabit dipasang di sebuah kedai makan di daerah Zhongli, Bandar Taoyuan, Taiwan dan mula disedari seorang pelanggan selepas dia tidak dilayan pemilik kedai selepas dia membuat pesanan.

Pelanggan yang tak didedahkan identitinya itu pergi ke kedai terbabit dan telah memesan satu hidangan ayam salai bersama bawang dan segelas susu sejuk.

Pun begitu, pesanannya tidak diendahkan sebelum pelanggan terbabit diberitahu mengenai ‘peraturan’ kedai terbabit oleh pelanggan lain yang menunjukkan banner terbabit.

“Untuk memastikan standard makanan yang dihidangkan terjamin, mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas tidak boleh memanggil pemilik kedai dengan gelaran auntie,” tulis banner terbabit.

Menyedari kesilapannya, pelanggan terbabit kemudiannya memesan sekali lagi tetapi kali ini dia menggunakan gelaran ‘bos cantik’ dan barulah pesanannya diterima.

Jelas pelanggan itu lagi, tiada apa yang pelik dengan makanannya selepas diterima dan semuanya baik-baik saja.

Meninjau di laman sosial pula, gambar banner kedai makan terbabit mendapat perhatian pengguna media sosial. Rata-ratanya bersetuju dengan tindakan pemilik kedai yang memasang banner kerana menganggap umur adalah perkara yang sensitif.

Sumber: Mothership

Baca: Pasang Banner Untuk Malukan Penyewa Tak Bayar Sewa, Tindakan Tuan Rumah Ini Dapat Perhatian

3Sewa E1656124115475

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.