Keadaan di Indonesia agak tegang dan kecoh semalam apabila ribuan rakyat telah turun ke jalanan untuk membuat protes besar-besaran.
Tak cukup dengan ini, satu gambar Garuda biru dengan tulisan “Peringatan Darurat” turut tular di media sosial diikuti tanda pagar #KawalPutusanMK dan #KawalDemokrasi serta dikongsikan oleh ramai nama-nama besar di Indonesia seperti Joko Anwar, Kristo Emmanuel, Iga Massardi dan Reza Rahadian yang turut turun padang untuk menyertai protes.
Tapi apa sebenarnya yang berlaku di Indonesia ni dan kenapa sampai keluar peringatan darurat?
Artikel berkaitan: Aaron Bushnell: Semua Yang Korang Perlu Tahu Tentang Protes ‘Ekstrem’ Tentera US Depan Kedutaan Israel
Artikel berkaitan: Rusuhan Di Bangladesh Buat Pelajar M’sia Di Sana Dalam Bahaya? Ini Apa Yang Berlaku…
Kenapa berlaku protes besar-besaran?
Protes yang berlaku di seluruh Indonesia iaitu di bandar-bandar besar seperti Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Surabaya dan Makassar adalah disebabkan oleh cadangan untuk mengubah undang-undang pilihanraya.
Ribuan orang telah berkumpul di luar Parlimen pada Khamis (22 Ogos 2024) bagi mencuba untuk masuk ke dalam premis tersebut. Selain itu, ramai juga yang memegang sepanduk dan membakar tayar.
Lebih teruk lagi, ada yang mengarak gambar jokowi dipancung di gilotin dan mendakwa Presiden Indonesia ini telah memusnahkan demokrasi di Indonesia.
Pihak polis di Indonesia telah turun ke padang dan menembak orang-orang yang sedang protes menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan orang ramai.
Di Yogyakarta sahaja, sekurang-kurangnya 100 orang telah membuat protes di hadapan parlimen Yogyakarta, istana negara dan pusat upacara bandar tersebut.
Kesemua orang yang telah turun padang ini telah meminta supaya rang undang-undang pilihanraya wilayah, menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan dan menolak dinasti politik.
Apa yang kita perlu tahu tentang undang-undang tersebut?
Mahkamah Perlembagaan pada Selasa lalu telah membatalkan syarat minimum umur untuk menamakan calon dalam pilihanraya wilayah dan mengekalkan had umur minimum 30 tahun.
Mahkamah juga turut memudahkan parti politik untuk menamakan calon dengan mengurangkan syarat bahawa mereka perlu memegang 20 peratus badan perundangan tempatan kepada 7.5 peratus.
Keputusan ini telah menghalang pencalonan anak Jokowi yang baru berusia 29 tahun dari bertanding untuk mendapatkan jawatan timbalan gabenor di Jawa Pusat dan membenarkan calon kesukaan ramai Anies Baswedan untuk bertanding di Jakarta.
Kalau korang nak tahu, Anies merupakan Gabenor Jakarta dari 2017 ke 2022. Dia juga telah menempuhi saingan sengit dari bekas gabenor Ridwan Kamil yang mempunyai sokongan 10 dari 11 parti di badan perundangan wilayah.
Disebabkan ini, Parlimen, yang dikuasai oleh gabungan besar yang sejajar di antara Jokowi, dan calon presiden Prabowo Subianto, merancang untuk membatalkan keputusan mahkamah perlembagaan awal minggu ini.
Undang-undang yang dicadangkan itu akan membenarkan Jokowi dan sekutu Prabowo bertanding untuk pilihan raya di Jawa Tengah dan Jakarta tanpa hampir sebarang cabaran dari pembangkang.
Prabowo, yang menang besar dalam pilihan raya Februari, akan dilantik menjadi presiden secara rasmi pada 20 Oktober, dengan anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka, sebagai naib presidennya.
Tak cukup dengan itu, undang-undang yang dicadangkan oleh Parlimen ini juga turut membolehkan Jokowi mendapat kuasa yang lebih walaupun tidak lagi menjadi memegang jawatan sebagai presiden.
Ekoran ini, ramai rakyat Indonesia yang marah dan turun untuk protes Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang mahu membantah keputusan Mahkamah Konstitusi.
Ini kerana, tindakan DPR ini dianggap seperti menentang demokrasi ekoran orang ramai hanya boleh mengundi calon tertentu. Manakala rakyat pula mahu kelonggaran yang membolehkan mana-mana parti politik untuk menghantar calon untuk bertanding sebagai Gabenor dengan layanan yang lebih bebas kepada calon politik dan calon bebas.
Seperti sebelum ini, DPR telah membuat keputusan besar dengan menukar umur minimum calon presiden dan naib presiden dari 40 tahun ke 30 tahun sekaligus membenarkan anak Jokowi, Gibran yang baru berusia 36 tahun untuk bertanding dan dilantik sebagai naib presiden Oktober nanti.
Macam yang korang tahu, Indonesia sangat berbangga dengan demokrasi yang dipegang oleh negara mereka ini. Jadi memang fahamlah kenapa dorang sanggup turun dijalanan bagi memastikan sistem demokrasi negara ini tak dimusnahkan dengan kepentingan politik Jokowi yang ingin terus berkuasa.
Isteri anak bongsu Jokowi dikecam?
Ditengah-tengah kemelut politik yang sedang berlaku di Indonesia ini, nama isteri Kaesang Pangarep iaitu anak bongsu Jokowi, Erina Gudono turut tular di media sosial.
Ini kerana, ketika rakyat Indonesia sedang memperjuangkan hak demokrasi mereka, Kaesang Pangarep dan isterinya telah mempamerkan kemewahan mereka bercuti di Amerika Syarikat dan didakwa telah menggunakan pesawat milik kerajaan.
Disebabkan ini, ramai yang mula mengecam Kaesang dan Erina sehingga isu bau badan Erina juga turut dibahaskan!
Dikatakan, Erina mempunyai bau ketiak yang kuat dan perkara ini didakwa turut disahkan oleh rakan-rakan sekolah dan kerjanya sehingga beberapa jenama minyak wangi di Indonesia turut menggunakan isu ini bagi mempromosikan produk mereka. Adui, macam-macam!
Sumber: First Post