in

Kecoh Program Pendakwah Didakwa ‘Keturunan Nabi Muhammad’ Dibatalkan, Rupanya Ini Yang Berlaku…

Program Libat Keturunan Nabi Muhammad Dibatalkan Sebab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini tular di media sosial mengenai seorang pendakwah yang dikatakan berketurunan Nabi Muhammad SAW telah datang ke Malaysia mengadakan ceramah di beberapa negeri, namun hampir kesemua programnya telah dibatalkan.

Menurut Harian Metro, pembatalan program yang menampilkan keturunan ke-38 Baginda SAW, Mawla Muhammad Amin al-Idrissi yang berasal dari Maghribi itu disebabkan kepada kelewatan permohonan tauliah dan salah faham.


Mengikut jadual, Maula Muhammad Amin katanya akan mengadakan program di 6 negeri termasuklah di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, yang mana satu-satunya program berjaya dijalankan.

Kena mohon tauliah sebulan sebelum majlis 

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP), permohonan tauliah hendaklah dikemukakan sebulan sebelum majlis dilaksanakan.

Dalam satu laporan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dikatakan tidak membenarkan penganjuran majlis dihadiri pendakwah itu kerana penceramah tidak mempunyai pentauliahan dari JAIS.

311201451 3451638141731840 4696081006457360065 N

Perkara itu juga dinyatakan Pengerusi Nur Al-Mustafa Malaysia, Hakim al-Mustafa yang menjelaskan terdapat salah faham mengenai perkara berkenaan.

Nur Al-Mustafa yang juga penganjur program jelajah berkenaan menerima keputusan pembatalan tersebut dengan terbuka.

“Untuk program di Pulau Pinang, kami mengemukakan permohonan seminggu sebelum tarikh majlis, namun, Alhamdulillah pihak Jabatan Mufti Pulau Pinang sangat membantu dan proaktif.

“Sebelum kebenaran diberikan, jabatan agama Islam negeri memanggil kami selaku penganjur, wakil mufti, wakil Universiti Sains Malaysia (USM) selaku tempat majlis diadakan dan wakil polis.

“Selepas meneliti semua dokumen dikemukakan, semua agensi berkenaan berpuas hati dan memberi kebenaran menganjurkan program itu,” katanya.

309269643 645390923818762 9097979942136808744 N

Pihaknya juga mengakui kesilapan penganjur kerana lewat membuat permohonan, namun semuanya berlaku kerana jadual yang padat dan mereka hanya mengetahui mengenai kelapangan masa tetamu jemputan.

“Berhubung pengiktirafan nasab keturunan, Mawla Muhammad Amin mempunyai perakuan nasab daripada Kementerian Dalam Negeri Maghribi dan pengakuan nasab ini kesalahan berat di negara berkenaan.

“Kita mempunyai bukti dan dokumen sangat jelas berhubung butiran nasab keturunan, cuma wujud segelintir masyarakat kita yang bersangka-sangka dalam isu ini,” katanya.

Apa-apapun kita tunggu kenyataan dari pihak berwajib mengenai hal ini.

Baca: “Immaturenya” – Nak Protes Kalau Tak Batal Konsert ‘International’, Ini Komen Nabila Huda

Nab Huda

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook
Sumber: Keluarga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.