in

Kecoh! Pasangan Buat Hal Dalam Wayang, Lempar Minuman Alkohol Kepada Penonton

mengamuk dalam wayang

Ramai antara kita yang teruja dengan dua filem yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, iaitu filem Barbie serta Oppenheimer.

Hujung minggu lalu, sebuah video tular memaparkan satu pasangan bertindak di luar kawalan apabila mereka melenting selepas ditegur kerana terlalu bising di dalam panggung wayang yang sedang menayangkan filem Barbie.

Wanita itu kemudian menjerit dan memarahi penonton lain lalu bertindak melemparkan minuman beralkohol, kedua-dua mereka kemudiannya meninggalkan panggung tersebut selepas keadaan bertambah kecoh.

Perkongsian di TikTok @eclent itu mengundang pelbagai respon daripada netizen, difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah panggung wayang yang terletak di Subang Jaya.

“Bukan sahaja mereka kurang ajar, wanita itu memutuskan untuk membuang minumannya beralkohol kepada penonton wayang lain yang memintanya diam,” tulisnya dalam kapsyen.

Selain itu, pengguna TikTok tersebut dalam video yang lain memberitahu aduan telah pun dibuat kepada pihak pawagam dan pihak mereka telah pun memberikan respon berkenaan isu tersebut.

cats 61

“Terima kasih kerana menghubungi kami, kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami.

Kami akan menyiasat secara terperinci di lokasi yang disebutkan dan akan menghubungi anda semula. Harap pihak cik bersabar,” tulis pihak mereka.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah pun mendapat lebih 1.5 juta tontonan serta lebih 1K komen, difahamkan laporan polis turut dilakukan susulan insiden terbabit.

Baca: “Menyusahkan!” – Penonton Wayang Kena Kosongkan Panggung Gara-gara Ada Yang Hisap ‘Vape’

Hisap Vape Dalam Wayang